KOTA BHARU 23 Jan. – Biarpun tahap keselamatan di semua kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah ditingkatkan, namun faktor luar jangka sering menjadi punca peserta ditimpa kemalangan.
Sehubungan itu, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) diminta segera bertindak supaya kemalangan yang menimpa ke atas seorang peserta PLKN, Mohd. Al-Hasyhiemi Mohd. Hussin, 18, tidak berulang.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, selepas enam tahun program itu diperkenalkan, banyak perubahan terutama dari aspek keselamatan bagi mengelak kemalangan di kem terbabit.
“JLKN perlu mengambil tindakan kerana kejadian seperti ini adalah di luar jangkaan, kita sentiasa memberi penekanan kepada anggota kem khususnya dalam aspek keselamatan dan kesihatan peserta. [read more]
Radenjowo - Dari dulu cakap je
1 comment:
PLKN ni progrem pembaziran. Agenda utama nak bagi kroni kaya.
Elok lah tamatkan sahaja progrem sebegini dan peruntukan yang berjuta tu di gunakan untuk yang lebih berfaedah.
Pembaziran yang berterusan tak kan lah tak terbuka mata dan hati. Bawa lah berbincang untuk mendapat lebih manfaat duit yang ada tu.
Post a Comment