[...] Malam semalam katanya satu gelombang besar berlaku di kalangan pengundi Cina di tengah bandaraya Kuala Terengganu. Ceramah anjuran DAP dan PKR di Kampung Tiong mendapat sambutan luar biasa. Perkembangan mengkagumkan, bila mana ada anak muda Cina membawa 'jabil' (bekas plastik) berlambangkan bulan untuk mengutip derma.
Seorang wartawan kanan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melihat fenomena itu memberi komen mengenai hal ini katanya kalau orang Cina sudah mencari wang untuk Pas ini sudah menjadi masalah besar kepada Umno.
“Jarang berlaku orang Cina secara terbuka membantu calon Pas dan apa yang ditunjukkan ini satu kebenaran yang luar biasa,” tambahnya.
Sememangnya kegelabahan BN mengenai perubahan masyarakat Cina ini sesuatu yang tidak dapat disembunyikan. Misalnya pagi ini ada maklumat mengatakan ada arahan dilakukan oleh pihak tertentu agar menutup bilik gerakan DAP. Arahan itu khabarnya dari pejabat MB Terengganu?
[read more]
1 comment:
DIVINEN INTERVENTION!!! PERCAYA TAK??
VGV
Post a Comment