Kenapa Menteri kita BODOH? Siri 5

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Rakyat Malaysia secara puratanya mengambil 25 sudu teh atau 125 gram gula sehari.

Jumlah itu bersamaan dengan 3.75 kilogram atau 750 sudu teh sebulan.

Hasil kajian itu tahun lalu, Kementerian Kesihatan merumuskan kira-kira 95 peratus rakyat di negara ini dikategorikan sebagai penghidap masalah ketagihan gula dalam pemakanan seharian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, corak pengambilan itu juga secara tidak langsung menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna gula yang paling tinggi di Asia Tenggara.

‘‘Masalah ketagihan gula ini dikatakan turut menjadi punca masalah penyakit diabetes yang dihidapi 3.6 juta orang di negara ini.

‘‘Bukan itu sahaja, gula juga menjadi punca 62 peratus wanita serta 48 peratus lelaki di negara ini menghidap obesiti iaitu masalah kegemukan melampau,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai senario pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.

Minggu lalu, Shahrir mengumumkan harga gula mungkin akan dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina secara berperingkat-peringkat.

Radenjowo - Ikuti siri siri Kenapa Menteri Kita Bodoh yang akan datang. Ini adalah kisah benar.

3 comments:

Gelombang Rakyat said...

Topik macam gini sirinya sama banyak dengan jumlah menteri ke Radenjowo?

radenjowo said...

Tak.. selagi Shahrir burung tiong ni buat kenyataan, selagi tu ada siri ni. wakakakak !!!

Gelombang Rakyat said...

Ooo gitu.

Boleh buat buku setelah Shahrir buat 15 kenyataan.