‘Tak mampu sara ibu bapa’Ishhh ... selisih malaikat 44, kata orang dulu. Kalau orang jawa sebut, amit amit jabhang bayik.
[...] Seorang pensyarah universiti yang disaman ibu bapanya kerana tidak memberi nafkah kepada mereka memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarganya.
Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.
Dia turut memberitahu mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank, termasuk pinjaman peribadi yang diambilnya, selain gaji diterimanya dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak. [read more]
Kalau tanya aku apa maknanya, aku sampai sekarang pun tak tau. Masa kecik bila aku tanya pada mak, dia kata ... "Ish ... jangan kacau orang tua sembang" Tangannya sempat cubit perut. Eeeeeeee !!!
8 comments:
Orang kita suka bagi alasan untuk mengelak dari bertanggungjawab.
Jarang yang hendak bagi alasan untuk bertanggungjawab.
Sebagai contoh, sepatutnya dia bagi alasan, sayalah yang kena bagi duit kepada ibubapa kerana gaji saya RM4000 sedangkan adik beradik yang lain gaji kecil.
Atau, saya lah yang patut jaga ibubapa kerana saya anak yang tua.
Suami isteri yang bercerai sanggup turun naik makamah kerana berebut hendak mendapatkan hak penjagaan anak. Tapi belum pernah kita dengar anak-anak turun naik makamah kerana berebut hendak mendapatkan hak penjagaan ibubapa mereka.
Amit amit jabang bayi,
jamune anak putu,
tak lakone aku dewe...
Terkejut aku...
Nauzubillah min zalik... Ya Allah Ya tuhan ku, Jauhi lah aku dan anak-anak aku dari sikap hina ini. Amin
Spt org selalu cakaplah.. "mak bapak boleh jaga anak 10 org, tapi mak bapak sorang...." errr camna nak translate jawa ek...
Maksudnya:
Ambik ambik Lah jugak, dah besor bayor Lah balik.
Salam Wak,
Walau pun apa alasan yang diberikan dengan pendapatannya sebegitu tidak akan melepaskan dia dari jenis "Anak tidak mengenang budi" tapi kalau dah peringkat saman-menyaman ni ditambah lagi satu "Anak Derhaka"
Tangunglah kamu dunia akhirat.
itu ke maksudnya.. aku ingatkan "kalu tahu gini dari bayi aku bunuh!"
Nauzubillah la kalu anak aku buat gini. Mohon Allah SWT beri hidayah pada anak derhaka itu.
kadang2 mulut je manis,tapi bila anak kena jaga mak bapak mulalah sms sana sini kata adik beradik lain lepas tangan,yang malangnya mak bapak pulak tu suka duduk dengan anak2 yang tak suka mereka.satu lagi mak boleh jaga 10 anak sebab kalau anak tu merajuk ke tak mau makan boleh tampar2,kalau mak merajuk anak nak buat macamana?
Post a Comment