Kenyataan Ketambatu kepada DS Anwar

[...] Tapi tak apa, kita sedar nilai blogger tidak sehebat Perdana Menteri, saya dengan ini akur.

Jawapan yang saya harapkan dari seorang bakal Perdana Menteri adalah,
"Terima kasih atas teguran tersebut. Tetapi saya ingin menjelaskan bahawa ucapan terima kaseh sudah kerap kami lakukan berulang kali, termasuk saya, Timbalan, Syed Hussin Ali dan Presiden, Wan Azizah.

yakni pada ....... hb.......tahun, pada ..... hb....... tahun, pada ....... hb ...... tahun. Rujuk sini, sini atau sini.

Maka saya ingin memberitahu bahawa tuduhan saudara tidak benar sama sekali. Namun saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekali lagi ucapan ribuan terima kaseh kepada semua yang terlibat di atas kemenangan Pakatan Rakyat di K. Terengganu baru baru ini,

Saya juga ingin memberikan nasihat kepada semua kepimpinan PKR untuk sentiasa mengingati mereka mereka yang menyumbang usaha ke atas kejayaan Pakatan Rakyat dan PKR. Saya juga masih ingat kenyataan yang saya buat ketika berkempen di K. Terengganu, bahawa saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya."

Lawan tetap lawan !

Alahai (option ... nak guna pun boleh, tak guna pun boleh)
Anwar Ibrahim "
Sebelum ini saya kerap juga menegur pemimpin UMNO di dalam blog mereka. Saya menerima kritikan yang sama dari penyokongnya. Dan hari ni saya menerima tindakbalas yang serupa dari Pakatan Rakyat. [read more]

3 comments:

Anonymous said...

Saya takut dengan sokongan rakyat, dengan kemenangan ini, dengan AGENDA besar ke PUTRAJAYA pemimpin kita jadi sombong dan angkuh..

Nik Aziz sudah mula bercakap...kita berdakwah..bukan jadi tukang anguk...

macam UMNO.

Anonymous said...

Pimpinan PR sudah kebal, tak boleh dinasihati.

Jangan kecil hati ketambatu.

Anonymous said...

Dengan jawapan Anwar tu aku rasa ada yang tak kena. Macam keras kepala pulak.