Kugan di bunuh


Kematian Kugan diklasifikasi kes bunuh
PUTRAJAYA: Kematian suspek curi kereta A.Kugan ketika dalam tahanan polis dikategorikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini sebagai kes bunuh, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah.

Beliau berkata, Abdul Gani menghubunginya pagi ini bagi memberitahu tentang perkara itu, untuk dimaklumkan kepada anggota keluarga mangsa serta orang awam.

"Beliau (Abdul Gani) telah mengarahkan pihak polis untuk membuat siasatan rapi dan sekiranya proses siasatan berjalan lancar, kemungkinan besar orang yang terlibat akan didakwa di mahkamah minggu depan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Murugiah meminta agar ahli keluarga mangsa supaya memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang akan dijalankan.

"Dalam hal ini, kita kena beri kerjamsa dan kita tak boleh menuduh mana-mana pihak," katanya.

Kugan, 23, mati mengejut di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya dan ia menimbulkan syak wasangka di kalangan orang ramai.

Semalam, keluarga mangsa membatalkan upacara pengebumiannya berikutan tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat yang dikeluarkan semalam.

Pengebumian yang sepatutnya berjalan kira-kira pukul 6 petang itu, dibatalkan di saat-saat akhir apabila keluarga mangsa membuat keputusan untuk bedah siasat kali kedua. - MStar

No comments: