Laporan Terkini P036 Bhg 4

[Lapuran terkini sehingga ke jam 7.02 ptg]

7.02 ptg
Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. Ini bermakna BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi. - Mkini

Tapi kawasan kawasan PAS masih belum mendapat keputusan.

6.58 ptg
Di beritahu, pengiraan undi di jangkakan di dalam tempoh 2 jam dari sekarang. Sehingga kini, tiada liputan yang dibuat oleh sebarang media arus perdana. Sedikit petanda bahawa mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui keputusan dan melapurkan kepada rakyat Malaysia ....

Macam dah tau je .... Wakakakakak !!!

6.53 ptg
Dikhabarkan pondok panas BN sudah mula di tutup. Sementara penyokong PAS masih lepak kat pondok panas masing masing. Menurut pakar .... cehch ... itu adalah petanda.

Menurut analisa di dalam blog anilnetto, kemungkinan PAS akan menang dengan majoriti 2,000 atau 3,000
Yessss !!!!

5.15 ptg

Kata Derih .. "Sumpah yangggg !!! Abang gi Tgnu nak berjuang, TG Haji Hadi sughoh gantung poster. Tak caya tanya Ustaz Moin, Pakcik Parjo ... betul yangggg ".

" Ye la tu !!! Abang jangan bohong, satu Malaya tau abang gi sana duduk sebelah Putri UMNO ... .... Siap senyum senyum lagi. Gambar dah masuk internet tau !!! " jawab Milah.

" Sumpah yangggg ..... " pujuk suami

Tot tot tot tot !!! Milah letakkan talipon.

5.05 ptg
Selepas waktu mengundi di tutup, kelihatan helikopter berlegar di sekitar Bandar Kuala Terengganu. Menurut kata Ketua Editor Suara Keadilan, di anggarkan 500 ke 1000 menjoriti akan di menangi oleh Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, petugas petugas PAS dan PAR di arah untuk memantau pergerakan peti undi.

5.00 ptg
TAMAT !!!
Kita akan nantikan keputusan dari masa ke semasa.

4.54 ptg
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meminta petugas bahagian keselamatan PAS mengadakan kawalan lebih ketat di pusat-pusat pengundian ekoran kehadiran anggota polis simpanan persekutuan (FRU) yang agak luar biasa petang ini.
- harakah

4.50 ptg
Lagi 10 minit waktu mengundi selesai. Ramai pemerhati sudah bergerak ke Kelab Golf untuk kerja mengira undi. Para petugas PAS dan PKR di nasihatkan buka mata luas luas, takut hantu berkeliaran.

4.33 ptg
Hantu sudah mari !!!
Di Pusat mengundi di dewan Tun Abdul Razak di Kampung Cina bersebelahan dengan balai polis, Pemerhati PAS mengesan pintu pagar dewan yang menghala ke balai polis tiba tiba tidak berkunci. Pemerhati PAS telah mengunci kan pintu tersebut. Selepas itu, pintu pagar di bahagian lain pula terbuka. Tika ini, pintu pagar tersebut di pantau oleh panyokong PAS.
- harismibrahim

4.23 ptg
Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat telah menahan sebuah kereta daripada memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Batas Baru, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, kerana disyaki membawa pengundi hantu.

Timbalan Ketua PKR Terengganu, Razali Alias berkata kumpulan penyokong Pakatan itu menahan kereta tersebut pada kira-kira jam 3.30 petang tadi. - Mkini

4.15 ptg
Aku dah malas nak translate .. nkorang translate sendiri laporan dari Harismibrahim

With one hour of voting time left, at the Sekolah Kebangsaan Kapas ( DUN Ladang ) polling station, voter turnout is approximately 55%. The earlier sms to the polling station in Pasir Panjang has gone out to to all PAS pondok panas. here, Pas volunteers are being mobilised to be on hand and on high alert for the presence of pengundi hantu.

3.54 ptg
Petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat mulai bimbang dengan kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas?

Pengundi datang 70%?
engerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu merupakan pertambahan sebanyak 30 peratus sejak pukul 12 tengah hari tadi. - pahangdaily

3.45 ptg
Semakin pelik

10 sekatang polis di dalam Bandar K. Terengganu?

3.43 ptg
WASPADA !!!
Melapor dari Kuala Ibai, polis menutup beberapa jalan dan merubah laluan kepada laluan-laluan sehala, kononnya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Bagaimanapun, apa yang dirasa pelik ialah yang mereka kelihatan membuat lencongan lalu lintas dari melalui kawasan kawasan pusat mengundi.

Bona fide atau bukan, itulah soalan?
terjemahan dari Harismibrahim

No comments: