Lebai tolong jangan naik motosikal

Kalau korang sebaya dengan aku, mesti korang ingat cerita ni ... wakakak
Lebai malang ...
tapi lebai di dalam cerita nya pakai songkok. Ceritanya cam ni,
http://cmc.msc.com.my/images/pakbelalang.jpgAl kisah, maka adalah sebuah desa. Maka didalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal disebuag dusun.

Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki kerumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh hendak berdikir kenduri Maulud. Maka itu puj disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah kerumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga kerumahnya. [read more]
Lebai dulu naik sampan. Lebai sekarang naik motor pun tak tentu selamat. Takut kena saman. Kalau lebai tak mahu bimbang di saman, lebih baik lebai kembali kepada zaman dulu. Naik sampan !!! Cuma kalau takut kenduri dan selesai, lebai kena tengok arus sungai. Jangan lawan arus. Nanti lambat sampai ..... Wakakak !!!

No comments: