3.56 ptg
Ada yang sedang menebeng. Ada yang sedang mencangkok. Ada yang sedang tercegat.
Para demonstran masih datang berduyun-duyun.
Awal tadi ada 1000 orang.
Para gedebe yang kelihatan :
Hassan Ahmad
Tian Chua
Baha Zain
Awang Sarian
Khalid Salleh
Ketua Angkatan Muda Paarti Keadilan Rakyat
Ketua Pemuda Pas Wilayah
Pemuda-pemuda AMK
Pemuda-pemuda Pas
laporan dari Tukartiub
3.52 ptg
Sedikit selingan..menurut berita Bernama kemungkinan tambang bas dan teksi akan naik bulan april. klik sini
Kakakaka ... BN barang naik ... padan muka. Wakakaka !!!
3.49 ptg
Tiada FRU yang hadir. Cuma anggota polis biasa. Menjadikan keadaan menjadi macam tak normal. Wakakaka !!
Blogger mat Comot dan kulup sakah yang berada di sana memberikan markah 5 bintang untuk kecemerlangan pihak polis.
3.42 ptg
laporan terdahulu di Mkini
Kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI)
3.36 ptg
Orang ramai masih turun berkumpul.
Kenyataan tentang ajenda bahasa dibacaakan.
Kelihatan Dinsman dan Samad Said.
Ainon Muhamad juga kelihatan di hadapan Sogo.
Para demonstran masih berligar-ligar di sekitar Sogo.
Sasterwaan kelihatan menghilangkan diri. Mereka menjadi orang halimunan. - T Tiub
3.34 ptg
Tian Chua sudah datang !!! ... Orang ramai sudah hampir 300 orang. Masih ramai yang sedang datang dari pelbagai penjuru. Penampilan istimewa Blogger Kulup Sakah turut berada di sana.
- Laporan dari Mat Comot
3.32 ptg
Blogger Mat Comot melaporkan, Pelakun Khalid Salleh turut berada di sana menyertai perhimpunan.
3.29 ptg
Untuk pengetahuan semua Dato Dr. Hassan adalah Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau kini memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang kini dikenali sebagai Gabungan Mansuhkan PPSMI
3.26 ptg
Para pemimpin yang terdiri dari Dato Hassan dan beberapa pemimpin Akademik sedang berehat. Hujan masih renyai renyai. Pihak polis memberikan kerjasama yang cukup baik.
Tapi pak guard SOGO plak yang lebih lebih.
3.12 ptg
Di laporkan perjumpaan bermula lebih awal. Dato' Hassan hadir membuat ucapan dan kelihatan A. Samad Said juga hadir.
2.45 ptg
Jumlah Anggota FRU dan polis lebih ramai dari peserta. Tidak di ketahui jumlah peserta kerana masih ramai yang berada di dalam SOGO dan persekitaran. - Laporan dari Mat comot
2.30 ptg
Hujan lebat telah berlalu. Para demonstran telah mula kelihatan berkeliaran.
Ramai pula sedang berkumpul di pintu masuk Sogo.
Hujan renyai tidak menggangu semangat yang panas. - Tukartiub
No comments:
Post a Comment