Murugiah akan saman Khalid

PUTRAJAYA 24 Jan. - Senator T. Murugiah akan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan seolah-olah dirinya sebagai `gengster' dalam kejadian menyerbu dan menceroboh mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu.

Kata beliau, kenyataan yang disebut oleh Khalid itu telah menjejaskan imejnya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

``Sepatutnya pihak polis berterima kasih kepada saya kerana berjaya meleraikan keluarga si mati (A. Kugen yang mati kerana didakwa didera oleh polis).

``(Namun) kenyataan Ketua Polis Selangor itu menggambarkan seolah-olah saya ini gengster dan sekali gus menjejaskan imej saya. Saya bekerja untuk rakyat dan hanya menjalankan tugas,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ponggal anjuran Persatuan Malindian Putrajaya/Cyberjaya di Dewan Serbaguna Presint 8 di sini hari ini. [read more]

1 comment:

Anonymous said...

Kalau tak serbu mcm tu, tentu ahli keluarga kugan tu tak tahu dia kena dera sampai mati...ni dah kali kedua, polis menyiksa sampai mati ketika tahanan disiasat...belum tentu si Kugan tu bersalah atau tidak...tp aku sedih tengok si khalid tu..sbbnya sbg org Islam dia masih nak berdolak dalih, cakap tak serupa bikin....apala pandangan rakyat bkn islam bila lihat dah dengar sikap org islam yg bergelar polis? banyak yg boleh dipertikaikan....