Undi pos telah berlangsung pada hari Isnin 12 Januari 2009 bertempat di Balai Polis Besar Kuala Terengganu. Wakil wakil parti yang bertanding dilaporkan menyatakan rasa puas hati dengan perjalanan proses undi pos ini.
Namun, dalam tinjauan MAFREL dengan penduduk tempatan, ada diantara mereka meragui ketelusan proses pengundian pos terutamanya selepas proses pengundian berakhir.
Itu antara persoalan yang ditimbulkan oleh penduduk penduduk tempatan yang kami temui. Ada benar juga kebimbangan mereka.
- Dimana peti peti undi pos ini disimpan?
- Siapa yang menyimpannya?
- Adakah SPR dapat memberi jaminan bahawa peti tersebut selamat dan tidak diusik sehingga hari pengiraan undi?
Petugas MAFREL tidak dibenarkan menyaksikan proses undi pos secara menyeluruh, maka kami tidak dapat membantu menghilangkan kebimbangan mereka.
Apa kata SPR mengenai isu ini?
Ong BK & Sufian
Sekretariat MAFREL P036
1 comment:
undi pos tu bonus pada bn.
tak payah nak kira la.
Kalau 1000 ... tu biar lah BN ambil.
kalau tak tipu, bukan BN
kalau tak bohong, bukan UMNO
Post a Comment