PASIR PUTEH 27 Jan. - Bekas anak kapal MT Melati 2, Salwadi Mamat yang dijadikan tebusan lanun di Teluk Aden, Somalia, Ogos tahun lalu bercadang menyaman Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) kerana gagal membayar pampasan kepadanya.
Katanya, tindakan tersebut terpaksa diambil apabila MISC gagal membayar pampasan berjumlah RM15,000 kepadanya seperti yang telah dijanjikan sehingga menyukarkannya melangsungkan perkahwinan.
"Sehingga kini saya masih menunggu pihak mereka membayar wang pampasan selepas barangan untuk majlis perkahwinan dan wang tunai dirampas lanun.
"Saya kecewa dan ingin mengemukakan saman malu terhadap mereka," katanya ketika ditemui pada majlis persandingan bersama pasangannya, Nor Hasliza Mat Zin, 23, di Kampung Danan Selising di sini hari ini. [read more]
Wakakak ... tu sebab ramai yang nak jadi lanun. Jadi kakitangan tak dapat pampasan, jadi lanun dapat habuan. Wakakakak .. !!!
No comments:
Post a Comment