Pandai berhutang bayar tak mau

Umno berjaya ketepi perintah bayar RM218 juta
Umno berjaya dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya yang diperoleh sebuah syarikat yang membekalkannya barangan pilihanraya bernilai lebih RM218 juta.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.

Syarikat itu memohon satu penghakiman tanpa kehadiran itu ekoran kegagalan Umno menjawab samannya, lapor Bernama.[read more]
Wakakak .. perangai UMNO. Bila citer pasal duit, UMNO cukup pandai membelit.

1 comment:

ISA said...

Malangnya syarikat yang berurusan dengan umno ni, buat kerja free la gamaknya...

Aku pun dua tiga tahun lepas dapat offer untuk pengangkutan barang umno, lepas survey dengan beberapa syarikat, depa kata jangan buat nanti susah...

Puas aku menyakinkan partner aku tu... akhirnya baru la aku faham apa maknanya SUSAH buat kerja umno..