Pegawai SPRM tumbuk kepala, perut .....

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commission[...] Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut. [read more]

1 comment:

Anonymous said...

Ini lah mereka yang suka menyalah guna kuasa. Mereka adalah dari kelompok yang sama yang biasa menggunakan kezaliman.
Mereka lupa bahawa mereka akan mati dan di akhirat kelak mereka tetap di tuntut. Insaf lah saudara ku bahawa kamu di amanahkan bukan untuk menyalah guna kuasa dan bukan juga untuk menginaya sesama manusia.