Pelajar pilih penjara kerana naik motor berserban

[...] Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.

Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan. [read more]

2 comments:

Unknown said...

hmm.. benggali singh awat tak kena saman!!

tzul said...

Komen dari 'kakyong' sepatutnya berbunyi, "hmm.. orang Sikh awat tak kena saman!!"

Saya rasa orang Sikh yang membaca tentu lebih suka dipanggil demikian, dari dipanggil 'benggali singh'. Sebutan yang sedemikian menunjukkan kita hormat pada orang lain walau pun berlainan ugama dan kaum.

Barulah orang Islam dan ugama Islam disayangi dan dihormati oleh semua orang.