Pengumuman Man Muti masuk PKR di sambut dengan kibaran bendera

Macam nak pilihanraya pulak. Pada malam pengumuan Man Muti keluar UMNO, bendera PKR dan PAS berkibar megah di Pekan Bota Kanan. Sehari selepas itu, bendera PAS dan PKR pula memenuhi Pekan Taman Indera Barat, Titi Gantung.

Cawangan-cawangan UMNO mulai kehilangan ibu. Tidak pernah berlaku seorang ADUN UMNO boleh melompat ke parti lain di Parlimen Parit ini. Orang-orang Parit memang berani bertindak. Man Muti dari Bota itu bukannya ada agenda peribadi. Orang yang mengenali beliau tentu faham benar bahawa beliau hanya mahu membantu orang-orang Parit melalui UMNO. Tapi lain jadinya di dalam UMNO. Kapal UMNO dah mulai karam, kerana nakhodanya berkelahi, kelasinya juga berpuak-puak. Tunggu apa lagi, selamatkan diri dan tumpang bahtera yang lain yang masih gagah merempuh ombak badai.

sriiskandar

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Ramai le agaknya kulaan man muti masuk PKR.