SPR bersubahat menyediakan pengundi hantu


PENGURUS pilihan raya, Datuk Mat Razali Kassim (tengah) mengumumkan nama
calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu selepas tamat tempoh
bantahan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu 6 Januari lalu.


[...] PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan Datuk Mat Razali Kassim daripada terus menguruskan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah 'menyalahgunakan' kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi Barisan Nasional (BN).

Selain itu, hari ini PAS juga mendakwa SPR sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam usaha menyediakan 'pengundi hantu' menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Kedua-dua perkara itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan timbalannya, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong pada sidang media di sini pagi ini.[read more]

No comments: