Muhammad Ismail Anuar, 22, seorang pengganggur bakal di kenakan hukuman penjara 14 tahun dan kemungkinan sebatan rotan kerana mencuri di sebuah kedai serbaguna.
Dia mengaku bersalah kerana mencuri barangan bernilai RM62.00 (Ringgit malaysia: Enam puluh dua saja) di kedai serbaguna 7 Eleven di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada jam 10.28 pm pada 19 Januari 2009.
Muhammad di kenakan ikat jamin RM12,000 (Ringgit Malaysia: Dua belas ribu saja) dan beliau gagal menjelaskannya.
Berita lanjut di Sini
***************
Umur dia sekarang 22. Kalau campur 14 tahun maka, dia akan keluar pada umur 36. Rekodnya buruk dan masa nya habis di dalam penjara kerana RM62.00 (Ringgit Malaysia: Enam puluh dua saja)
Apa yang tak kena ni?
Dari mencuri baik terima rasuah. Tapi berapa ramai yang dapat peluang untuk terima rasuah?
Hello !!! Ada kerja kosong?
Uniform size: L
Kasut: 6
6 comments:
undang-undang dah cakap macam tu? nak buat macam mana? kalau dilaksakan hudud mungkin disabitkan kesalahan mencuri, hukumnya potong tangan. Lagi satu hang dok kata kena penjara 14 tahun dan sebat. Kenapa tak tulis minimum penjara sehari atau boleh dilepaskan dengan pengawasan polis. Undang-undang ada bagitau ada had minimum dan maksimum denda yang dikenakan
Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan adalah tidak lebih dari 20 tahun penjara
dan tidak kurang daripada 14 hari penjara. Denda yang dikenakan tidak kurang
daripada lima kali ganda jumlah nilai yang menjadi bahan rasuah kesalahan itu
atau RM10,000 iaitu yang mana satu lebih tinggi.
http://209.85.175.132/search?q=cache:rva8C56dmZMJ:www.malaysianbar.org.my/index2.php%3Foption%3Dcom_content%26do_pdf%3D1%26id%3D8333+kesalahan+rasuah+dan+hukuman&hl=en&ct=clnk&cd=3&gl=my&client=firefox-a
Pendapat saya wak
Jangan rasuah atau curi. Cuma masalahnya undang undang di Malaysia had mencuri dan timbang tara menjadikan hukuman satu satu kesalahan itu seperti tidak adil.
Kalau boleh buat rujukan pada hukuman hukuman di luar negara.
Contohnya, denda berkelakuan baik dan menjalankan aktviti sosial dan kebajikan dalam tempoh tertentu. Di bawah perhatian polis atau pihak tertentu.
Bila ekonomi negara jadi haru biru. Negara berdepan dengan masalah jenayah.
Tak ramai orang Islam yang setuju hudud. Tak caya tanya UMNO.
Jika HUKUM HUDUD blom tentu budak ni kena hukum,, kerana Hukum HUDUD melihat berbagai bagai segi dan sudut,,, hanya UmNO sahaja yg SANGAT SANGAT TAKUT dgn HUDUD,,,,,
Dan ahkim yg menjatuh kan hukum itu pun agak nya da sebab sebad yg tersendiri hingga menjatuh kan hukum sebegitu HEBAT DAN TERUK,,,, maka mari lah kita banding kan HUKUM HUDUD dsan HUKUMAN yg di buat oleh BN..
Post a Comment