
Dia menceritakan satu kes panas yang baru berlaku dan belum selesai lagi pun. Walau pun hanya SATU kes namun begitulah realiti bagi kes-kes yang lain.
Kata si penyamun ... rakan dalam kumpulannya mendapat khabar bahawa kantung Yayasan Perak (YP) dah kontang. YP perlukan duit untuk melaksanakan aktiviti dan program yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan. Maka rakan penyamun pun berundinglah dengan pengurusan atasan YP. YP dicadangkan minta kawasan balak. Yayasan memohon kepada Jabatan Hutan. Kelulusannya dalam mesyuarat Exco. Pendek kata 'kerajaan memohon kepada kerajaan'. Tak kan lah tak boleh dapat.
Ogos 2008 Jabatan Hutan luluskan lebih kurang 40 permohonan balak. Tapi YP tak dapat pun. 15 Januari 2009 Jabatan Hutan luluskan entah berapa puluh permohonan lagi. Tapi YP tak dapat juga. Apa ke jadahnya ni! Kepada berpuluh-puluh individu dan syarikat boleh diluluskan tapi kepada Yayasan Perak tak boleh lulus. Apa masalahnya? [read more]
No comments:
Post a Comment