Beruntunglah warga Kuala Terengganu, bila mati saja wakil rakyat, pak menteri sibuk dengan nak buat projek pembangunan, kalau macam itulah, siapa lagi agaknya wakil rakyat BN akan meninggal dunia dalam tempoh 2-4 tahun ini.
Najib pening kepala sekali lagi bila ada desas desus yang mengatakan penyokong Idris Jusoh akan bungkus tikar bantal dan pulang ke kampung masing-masing sebelum PRK dilangsungkan sabtu ini.Khabarnya ,mereka ini akan bertindak bagi memprotes Dato'Ahmad Said yang mengambil jawatan Menteri Besar dari Dato Seri Idris Jusoh dan menguasai pula Ketua Perhubungan Umno negeri. Jadi, peluang sebegini akan diambil oleh penyokong Idris untuk menggambarkan bahawa Ahmad Said bukannya pilihan Umno Terengganu.
Najib juga terpaksa berkampung kat Kuala Terengganu dan keluar masuk kampung bagi memberi sokongan padu kepada calon yang bukannya menjadi pilihan beliau. [read more]
No comments:
Post a Comment