Raja Lawak Nabil amat kecewa
KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Bermakna) - Raja Lawak 2 ASTRO, Nabil, melahirkan rasa kekecewaannya bila di beritahu bahawa EZAM MOHD NOOR, Raja Lawak 3, telah secara senyap senyap membuat persembahan lawak secara solo tanpa memberitahu rakan lawak yang lain.
Kenyataan ini diperolehi selepas Nabil mendapat tahu Ezam menggunakan pentas ceramah di Wakaf Mempelam malam tadi.
Sepanjang temubual bersama wartawan, Nabil langsung tidak memalingkan muka kerana terlalu kecewa.
Menurut Nabil lagi, "Sepatutnya Saudara Ezam mesti lah bersikap lebih gentlement untuk tidak membuat sebarang acara lawak di kawasan terbuka tanpa kelulusan dari Persatuan Pak Lawak. Ini akan menjejaskan pendapatan dan periuk nasi pelawak pelawak lain. "
Malam tadi, EZAM MOHD NOOR dilapurkan membuat konsert hiburannya sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (P36). Acara lawak itu berlangsung selama sejam dan di hadiri oleh lebih 1,000 penduduk tempatan.
Menurut pegawai SPR yang ditemui, turut melahirkan rasa kecewa mereka kerana UMNO tidak memberitahu terlebih dahulu tentang kehadiran Raja Lawak 3 itu.
Saudara Ahmad Songkreng, selaku pegawai SPR yang bertugas malam tadi menjelaskan, "Saudara Ezam telah menyalahgunakan pentas politik untuk tujuan hiburan. Perkara ini tidak harus berlaku. Laporan akan dibuat dan siasatan akan kami jalankan. Sekiranya Ezam di buktikan bersalah, beliau akan di kenakan tindakan. Kontraknya besama ASTRO akan di gantung."
Dalam pada itu, pihak kami gagal mendapatkan sebarang kenyataan dari Saudara Ezam kerana menurut rakannya, Ezam berada di dalam bilik rumahnya dan tidak keluar keluar sejak malam tadi.
Lapuran akan cuba di perolehi dari masa ke semasa. --- Bermakna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment