Rakan se Bota berjiran kampung

 [...] Tujuannya adalah untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat Perak. Pada waktu yang sama juga mahu menghancurkan impian UMNO untuk memujuk atau memerangkap dua ADUN PR Perak menyertai UMNO. Difahamkan ada beberapa lagi ADUN UMNO Perak turut serta dalam pertemuan tersebut.

Sebaik sahaja BN kalah di Perak, UMNO telah mewujudkan dua kumpulan untuk memujuk mana-mana dua ADUN PR menyertai UMNO. Satu kumpulan diketuai oleh bekas Menteri Besar Perak bersama bekas Exco Sukan. Jikalau kumpulan ini berjaya, bekas Exco Sukan akan dilantik sebagai MB. Satu kumpulan lagi diketuai oleh YB Dato' Nasarudin Hashim, bekas Pengerusi FELCRA yang juga dijanjikan jawatan MB jikalau dapat mempengaruhi dua ADUN PR menyertai UMNO. Usaha mereka telah bermula sebelum tengah malam 8 Mac 2008, iaitu pada hari PRU 12. Menariknya kedua-dua kumpulan ini menjadikan Hj. Usaili Alias bekas ADUN Bota sebagai jambatan untuk memenuhi cicita politik mereka. Lebih menarik lagi apabila kedua-dua calon MB UMNO ini datang daripada parlimen yang sama iaitu Parlimen Parit.

Rasuah wang berjuta digunakan oleh kedua-dua kumpulan ini supaya Usaili memujuk mana-mana dua ADUN PKR menyertai UMNO. Hanya jaminan dibibir tanpa kelibat wang. Tetapi Usaili terus bertegas dan berhemah menolak permintaan mereka. Ingat Allah, ingat rakyat. Akhirnya YB Dato' Nasarudin Hashim tidak lagi meneruskan niatnya merampas Perak daripada PR. Bahkan beliau dan rakan-rakannya dapat diyakinkan akan ketelusan serta kejujuran pentadbiran dan pengurusan negeri Perak dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Namun sebelum beliau membuat keputusan menyertai PR, beliau mahu mencuba nasib bersama UMNO dahulu. Mencuba nasib merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Parit. Beliau masih menaruh harapan untuk membela nasib rakyat melalui UMNO. [read more]

No comments: