Sebaran : HENTIKAN KEKEJAMAN POLIS

Funeral A. Kugan yang di dapati mati dalam tahanan Polis Malaysia. Perarakan dari rumah mayat Universiti Hospital ke tanah perkuburan di Puchong pada pukul 28th Januari 2009, 2.00 ptg . Datang beramai-ramai dan tunjukkan simpati kepada keluarga mangsa dan desak HENTIKAN KEKEJAMAN POLIS dari berterusan. Semua pimpinan AMK di minta untuk turut terus serta. MAKKAL SAKHTI.

skuaddunbatucaves

2 comments:

tok iskandar said...

Tok ingin bertanya di sini mengapa ketika datuk Azmi menjadi Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang,dia masih boleh menjadi setiausaha UMNO Bahagian Pekan.Ketua UMNO Bahagian Pekan
ialah Najib.

Sekarang datuk Azmi menjadi pegawai khas kepada sepupu Najib,Hishamudin di kementerian pelajaran malaysia.

pakatan rakyat perlu menyiasat berapa ramai guru yang pro pembangkang telah ditukarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang dikuasai oleh orang UMNO yang lebih mengutamakan parti daripada mendidik anak bangsa.

Aminuddin,bekas Guru besar SK Jalan Bahagia pula adalah bekas Setiausaha UMNO Bahagian Temerloh.Guru besar Teluk Sentang,Hasan Mat Amin pula AJK UMNO Bahagian Kuala Krau.

Seorang GPK di Jengka,Mazlan pula menjadi pegawai khas YB Chua,ADUN Mentakab.

Seorang lagi GPK di Sanggang Seberang menjadi setiausaha sulit YB Saifuddin Abdullah yang merupakan ahli parlimen Temerloh.

Encik Sanusi seorang pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh adalah abang kepada ahli parlimen Kuala Krau,Ismail Said.

Ustaz Ishak,penyelia agama Islam Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh juga seorang ketua cawangan UMNO.

Kebanyakan guru-guru yang pro pembangkang telah dianiaya mereka.Jika mereka boleh berpolitik,mengapa guru-guru ditegah menyokong pembangkang.

Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh,Haji Nadzri yang baru juga kuat UMNO.

Isteri Mazlan,Jamaliah dan isteri GPK SK Seberang Temerloh,Hamimah mengajar di SK Jalan Bahagia. Di SK jalan Bahagia kebanyakan guru-guru cenderung kepada UMNO dan tidak boleh menerima kehadiran guru yang menyokong parti pembangkang.Jamaliah pernah bergaduh dengan guru yang pro pembangkang dan menghantar sms berunsur provokasi kepada cikgu itu dan bila cikgu itu membalas semula,sms itu dihantar kepada PPD Temerloh.Jamaliah ialah jiran sebelah rumah kepada ahli parlimen Kuala Krau,Ismail Said.

Mohd Ali,guru besar SK Jalan Bahagia yang baru berasal dari Rembau adalah bekas pegawai di Pejabat pelajaran Daerah Temerloh.Ali juga kuat dan karat UMNOnya.
Sudah lama UMNO menganiaya cikgu-cikgu di Temerloh dan Pakatan rakyat perlu membawa isu ini ke parlimen.

Anonymous said...

Banyaknya pengaruh politik dalam bidang perguruan....tp tak releven dgn tajuk...!