"Kajian menunjukkan sukar untuk menentukan keinginan memberi undi di kalangan pemilih ketika tinjauan pendapat umum ini dikendalikan.
"Berdasarkan pemerhatian terhadap data dikumpulkan, kajian ini percaya pengundian di kalangan Melayu dijangka berbelah bahagi dengan jurang yang kecil, dengan kemungkinan lapan peratus belum membuat keputusan lagi," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.
....Seramai 527 pengundi berdaftar iaitu 408 kalangan pengundi Melayu dan 119 pengundi Cina ditemu bual dalam tinjauan ini.
Bagaimanapun penelitian terperinci kajian ini mendapati sentimen pengundi Cina adalah lebih 'berhati-hati' dan rendah berbanding pengundi Melayu.
Kata beliau, di kalangan pengundi Cina isu peringkat nasional lebih mempengaruhi mereka berbanding isu peringkat negeri.
Berhubung kedudukan landasan negara, hanya 36 peratus responden Cina bersetuju bahawa ia berada dalam landasan yang betul dan berbelah bahagi apabila disoal mengenai arah aliran landasan di peringkat negeri, jelas beliau.
Pada masa yang sama, kata Ibrahim, 70 peratus pengundi Melayu mengatakan bahawa "keadaan adalah baik" di peringkat negeri Terengganu.
Mengenai isu-isu yang menyentuh perhatian responden, tambah beliau, 21 peratus pengundi mahu inflasi dikawal, 26 peratus ingin melihat usaha memantapkan Islam, dan 16 peratus mahukan pembangunan berterusan.
Di kalangan pengundi Cina, 53 peratus mahu kerajaan melayan bukan Melayu dengan lebih adil dan 18 peratus yang lain mahu rasuah dihapuskan. [read more]
No comments:
Post a Comment