SPRM didakwa tekan Madam Low ekoran dakwaan rasuah terhadap MB

SHAH ALAM, 22 Jan: Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa menekan Pemangku Pengurus Besar PKNS, Madam Low Siew Moi membuat pengakuan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan beliau menyumbangkan lembu-lembu untuk dikorbankan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Menurut sumber Siasah, Madam Low dipaksa berbuat demikian dalam soalsiasat SPRM yang dibuat hampir empat jam baru-baru ini ekoran laporan oleh Gerak.

Turut disiasat adalah tiga lagi pemimpin kanan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang lain. [read more]

1 comment:

tok iskandar said...

Khir Toyo cuba bawa isu lembu kerana giat berkempen untuk ketua pemuda umno.kerajaan pakatan rakyat perlu berhati-hati kerana ada musuh dalam selimut dalan jentera pentadbiran negeri dan kesemua anasir ini perlu dibersihkan