Kematian A.Kugan amat merungsingkan kita. Untuk rekod ini bukan kali pertama tragedi seperti ini berlaku di dalam negara ini. Walau apa pun alasan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa terhadap kematian A.Kugan , kematian tahanan yang berada di dalam jagaan pihak polis adalah suatu perkara yang serius dan tidak sewajarnya berlaku. Ia menunjukkan kelemahan sistem keadilan kita.
Walau apa pun kesalahan yang mungkin dilakukan oleh mendiang Kugan , beliau tidak sewajarnya diseksa oleh pihak polis . Undang-undang negara ini mengiktiraf bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.
Laporan akhbar menyatakan bahawa Kugan telah dilaporkan mati semasa sedang disoal siasat di balai polis Taipan di Subang Jaya pada 20 Disember yang lalu. Laporan bedah siasat yang awal menyatakan kematiannya bukan disebabkan "foul play" . [read more]
berkaitan - Kematian Kugan: Suruhanjaya Diraja Untuk Polis Diraja
No comments:
Post a Comment