Tahniah dari Radenjowo untuk semua ... mmmuaaaahhhh !!!

Wakakakak !!! Berjaya !!!
Aku lah antara yang akhir sekali mendapat laporan kemenangan.
Bila tengah syok syok menantikan keputusan, bini lak suruh beli susu anak. Heyyyy !!! Sayang punya pasal ku turutkan jua.

Tak payah nak cerita tentang keputusan. Semuanya dah tahu. Di sini aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH kepada Wakil Parlimen baru kita, Saudara Mohd Abdul Wahid Endut, ahli PAS, penyokong PAS dan terima kaseh kepada semua warga Pakatan Rakyat di atas kerjasama yang tidak terhingga sehingga membuah kan hasil.

Berbaloi rasanya pengorbanan kita kali ini. Bermula pada Pilihanraya bulan Mac tahun lepas, kemudian ke Permatang Pauh dan sekarang ke K. Terengganu. Dan selepas ni di mana pulak?

Kalau rasa rasa tak nak buat pilihanraya, para YB kena lah jaga kesihatan. Jangan makan lebih lebih walaupun rezeki luas di depan mata. Kalau yang halal tu Alhamdulillah, yang HARAM tu baik jaga jaga.

Kepada Calun BN, Wan Farid ... boleh lah rehat rehat di rumah. Yang di kejar tak dapat, yang di kendong pun keciciran. Lepas ni jangan pulak tak senyum.

OK hari pun dah malam, kepala pun dah beng !!!

Radenjowo mengambil kesempatan mengucapkan tahniah sekali lagi kepada semua terutama kepada para pelayar yang dok kecoh dari tadi kat shoutbox sebelah ni ------------>>>>

Jaga diri masing masing dan kepada para blogger yang gua cilok berita beritanya, minta ampun dan maaf.

OK chowwww dulu Dan salam pada semua. Kita jumpa lagi esok, InsyaAllah.
Takbir !!!
Lawan tetap lawan !!!

dari
Radenjowo [bloggeralone@home]

12 comments:

Abah said...

Tadbir!!!...macam menonton live telecast. Penuh debaran dan mencemaskan. Penuh aksi....syabas.

Ros said...

tahniah juga buat radenjowo.. real oo you punya ulasan.. menggetar suspen dok ikut bait bait peristiwa yang you titipkan.. tahniah..

Abu Muhammad Haikal said...

...salam, tabib spring buat radenjowo..

Unknown said...

Tahniah buat semua yang bertungkus lumus melahirkan kemengan.

mangchikla said...

weldan Mr Raden Al Jowo kerana memberikan ulasan selari, hampir hampir aku terpedaya ingatkan si Raden ade kat KT...

Anonymous said...

Salam,

Tahniah dan terima kasih kepada Raden Jowo atas liputan yang pro aktif.

Salam takzim.

Anonymous said...

Selepas ni pi sarawak dan Pensiangan/sabah akan ada by-electioon soon.....

Anonymous said...

Terima kaseh pada wak.
Tahniah kerana sanggup besama sekali lagi bersama dan memberi liputan.

Kalau tiada undi pos, 4,000 majoriti PAS. Syabas kepada semua bloggers.

Anonymous said...

Salam wak
Tahniah pada semua. Terima kaseh pada Radenjowo untuk liputan.

Anonymous said...

Akhirnya segala perjuangan kita terjawab dengan keputusan RAKYAT...

Teruskan usaha ini sehingga kita dapat merobah peta Malaysia menjadi hak rakyat yang sebenarnya!!!!

BekasUmno...

www.squidoo.com/Weight-Loss-Review-3

Edyes said...

Syabas Wak Raden...

info blog saya pun banyak dapat dari wak...


Tahniah PAS, Tahniah Pakatan Rakyat ! Swing 5% yang Cukup Bermakna

Anonymous said...

Blogger tiada nilai pada PKR? - Malaysiakini
Tahniah kepada Calun Parlimen K. Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, yang menang bergaya mengalahkan Calun UMNO, Wan Farid yang juga merupakan calun favourite Pak Lah di Terengganu.

Memang dari awal, sudah di jangka bahawa PAS akan memenangi pilihanraya ini. Namun sesungguhnya yang membimbangkan adalah penyelewengan yang mampu di buat oleh agen agen UMNO, polis dan SPR.

Saya percaya bahawa memang terdapat penipuan, cuma biar lah mereka pendam. Yang penting, kita dah menang dan pemantauan akan terus di buat untuk masa masa yang akan datang.

Apa yang saya tekankan disini adalah, betapa parti PAS sesungguhnya pandai mengambil hati para pengundi, rakyat dan blogger.

Terdahulu, TG Haji Hadi membuat kenyataan bahawa beliau akan merujuk kepada bloggers sebelum membuat keputusan siapa yang akan menjadi calun. Dan selepas menang, Husam Musa mengucapkan terima kaseh kepada blogger menerusi Sya Reformis, ahli Bloggernetwork.

Jika di imbau kembali rentetan kemenangan yang berlaku sejak pilihanraya umum ke 12 tahun lepas, saya masih tidak mendengar sebarang ucapan terima kasih dari Pemimpin PKR. Dari Syed Ali, YB YB mahupun Anwar dan juga Wan Azizah sendiri.

Selepas kemenangan PAS pada PRU12 lepas, ramai blogger yang datang ke KL untuk hadiri majlis makan malam dan kesyukuran. Ketika itu Menteri Besar Perak, DS Ir Nizar pun hadir.

Mungkin aku terlepas pandang, tapi rasanya tidak silap.

Adakah PKR rasa mereka menang kerana mereka itu hebat, atau mereka menang kerana faktor Anwar?

Saya rasa kemenangan yang tercapai adalah kerana orang terlalu benci pada UMNO. Dan kerana itu lah maka ramai YB YB di kalangan PKR yang kita tidak kenal tapi masih mampu menang. Akhirnya bila menjalankan tugas, sesungguhnya mereka tidak berkalibar. Lebih cakap dari buat dan ada yang sedang mengumpul projek untuk kaya dalam semusim pemerintahan.

Kerana itu, saya berharap agar, pemimpin PKR kena nilaikan diri anda, cermin dulu wajah dan berterima kaseh lah pada pengundi dan para blogger yang terus berusaha tanpa di bayar gaji.

Saya mungkin terkebelakang di dalam hal ini, tapi blogger yang senior nampaknya, ada yang hidup ala kadar dan kekadang miss soru. Siapa yang membela mereka? Tambah tambah lagi di dalam negeri yang bermenteri Besarkan pemimpin dari PKR.

Kalau lupa, ucap sekarang. Kalau tidak, tak mustahil diorang akan belasah mereka mereka ini di masa akan datang. Pesan saya, biar sombong tapi jangan bodoh. Biar bodoh tapi jangan sombong.
Posted by ketambatu at 4:08 PM 12 comments
Labels: blog