Tajol kata dia tak letak jawatan

KAMPAR 29 Jan. - Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali hari ini menafikan laporan akhbar yang mengatakan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

``Kenyataan itu telah diambil daripada pihak lain bukan daripada saya. Laporan itu tidak beretika,’’ katanya. - Utusan.
Hish ... sampei hati kome. Dia tak nak letak jawatan lagi.
Korang nihhhh !!! Hish ... !!!
Orang gila kuasa nak suruh letak jawatan. Mana nak? Wakakakak ...

2 comments:

tok iskandar said...

Ramlang porigi,imam masjid wilayah persekutuan yang menjadi saksi pengakuan saiful mengaku diliwat telah dipecat JAKIM.

Ramai yang terkejut dengan tuduhan mencemarkan perkhidmatan awam terhadap imam yang berasal dari Sabah ini.

Setakat ini sehebat mena kakitangan awam berkempen,mereka tidak akan dipecat biarpun mereka menyokong parti pembangkang.Paling terukpun mereka ditukarkan ke kawasan pedalaman dalam tempoh 24 jam.

Kes Ramlang berbeza kerana beliaulah antara faktor utama kemenangan Anwar di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lepas.

Apabila Anwar menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan seterusnya dilantik menjadi ketua pembangkang di parlimen,UMNO semakin sukar untuk bernafas dibuatnya.

Terbaru,isu ADUN Bota melompat dan menyertai PKR menghancurluluhkan semangat juang UMNO yang kian padam dengan kekalahan teruk di dalam Pilihanraya Umum ke 12 Mac tahun lepas,disusuli dengan kekalahan kedua pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan kekalahan terbaru di dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.Ketiga-tiga kekalahan ini telah disifatkan Kuli sebagai kemaluan ketiga UMNO dalam tempoh sepuluh bulan.

Belum sempat UMNO menarik nafas lega,kemasukan Nasharudin Hasim ADUN Bota ke PKR sungguh memeranjatkan sehingga Tajol Rosli sampai tersasul mengumumkan beliau akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.Khabar angin telah bertiup kencang Najib akan menggantikan Tajol bermula 2 Februari.

Bagi meredakan iklim suhu politik dalam UMNO yang terkena serangan Chikugunya,Zahid Hamidi selaku memanda Menteri yang menggepalai JAKIM bertindak menjadi hulubalang UMNO Perak dengan mengarahkan JAKIM memecat Ramlang Porigi.Zahid Hamidi memecat Ramlang Porigi di saat regim Yahudi menyerang pejuang Palestine di Gaza tanpa memberikan ruang kepada beliau untuk membela diri.

Ramai yang sudah hampir lupa suatu ketika dulu Zahid Hamidi adalah Ketua Pemuda UMNO yang pernah menjadi hulubalang Anwar.

Setelah menyertai kem Najib,Zahid lupa diri dan kedudukannya sebagai ahli parlimen Bagan Datok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
memberikannya peluang untuk menindas kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat.

JIka Ramlang kalah dan keputusan mahkamah menyebelahi kerajaan BN.Selepas ini lebih ramai kakitangan awam akan dipecat kerana menyokong pembangkang.Ini akan memburukkan lagi imej perkhidmatan awam dan memperlihatkan lagi penindasan yang dilakukan UMNO terhadap bangsanya sendiri kerana rata-rata kakitangan awam berbangsa Melayu.

Tok nak ulas sikit tentang larang berpolitik ini sering disalahgunakan oleh kerajaan untuk menindas kakitangan yang menyokong pembangkang sedangkan kakitangan awam yang menyokong UMNO dan ada jawatan di dalam UMNO tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Datuk Azmi suatu ketika dulu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan pada masa yang sama menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pekan.
Aminuddin suatu ketika dulu Guru Besar SK Jalan Bahagia dan pada masa yang sama menjadi setiausaha UMNO Bahagian Temerloh.
Hassan Mat Amin,Guru Besar SK Teluk Sentang dan sekarang AJK UMNO Bahagian Kuala Krau.
Mazlan,Pegawai khas kepada YB Chua pula adalah seorang GPK di sebuah sekolah di Jengka.
Saifuddin Abdullah,ahli parlimen Temerloh dikatakan mempunyai setiausaha sulit seorang GPK dari sebuah sekolah kebangsaan di Seberang Temerloh.Sebelum ini,Aminuddin menjadi setiausaha sulit Saifuddin.
UMNO dari dulu,kini dan tidak mustahil untuk selamanya akan menindas Melayu yang tidak menyokongnya dan sudah sampai masanya untuk Melayu membuang UMNO dan menolaknya agar tiada lagi melayu yang akan teraniaya.
wakil-wakil rakyat UMNO yang kalah di dalam pemilihan ketua bahagian tentu sedar mereka semakin dipinggirkan oleh pimpinan parti yang lebih mengutamakan kroni dan sekumpulan elit.
Sudah lama UMNO dinaungi elit UMNO dan mereka jugalah yang memusnahkan parti itu.Jauh sekali untuk dibaikpulih,UMNO perlu dimusnahkan dan alternatif baru iaitu Pakatan Rakyat akan menjadi wadah politik bangsa Melayu ke arah harapan baru.

tok iskandar said...

Kenyataan terbaru Tony Fernandez kesilapan terbesarnya ialah menaja team MyTeam sehingga ramai yang menyangkakan Khairi memiliki saham di dalam Airasia.

Tok tengok Tonypun cuba main wayang dengan rakyat.Kau tak bayar lagi cukai RM150 juta LCCT di Sepang tu apa citer?

Ini nak bodek pulak Mukhriz asalkan kau dapat restu ayahnya bina satu lagi LCCT di Labu.

Tok tak tahu siapa yang jadi si Labu.Tony,Mukhriz atau Khairi.Dulu Tok pernah juga naik bas Labu Sendayan.

SPRM cuba kau siasat si Tony ni.Siswazah yang hutang beribu ringgit sampai keluar surat khabar tak bayar hutang masa ambik degree,apa ke halnya dengan si Tony ni?

Tok nak nasihat sikit kat Khairi.rakan karib kau satu persatu meninggalkan kau termasuklah Saifuddin dan Ismail Sabri.Kaupun paham dalam politik kawan dan lawan tak kekal.

Sekarang ni kau ada satu lagi peluang,ajak member kau yang tinggal join Pakatan Rakyat....Kita kasi gegar BN sampai Najib masuk gebar nyorok belakang Rosmah.