Tajol tuduh PKR rasuah Adun Bota

Dalam sidang akhbar malam tadi di kediaman Tan Sri Tajol Rosli Ghazali , beliau mendakwa bahawa adun Bota telah dirasuah oleh PKR. Saya kira tuduhan yang perlu beliau laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seberapa segera. Jika tiada laporan dan bukti dikemukakan, Tajol Rosli bermakna telah melemparkan fitnah dan membuat tuduhan jahat tanpa bukti. Beliau kena kemukan bukti bila dan berapa jumlah sogokan yang diterima oleh Adun Bota itu.

Jika tidak Tajol Rosli hanya pandai baling batu sembunyi tangan dan tidak layak menjadi ketua pembangkang di Perak. Ini akan menyebabkan imej BN khususnya Umno akan semakin buruk di mata masyarakat. Sebelum ini beliau begitu angkuh dan sombong bahawa kerajaan PR Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos tahun lepas. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Beliau terpaksa menelan kembali kata-kata yang pernah dilontarkan. Dijangkakan kemasukan Nasarudin ke dalam PKR akan merintis jalan penghijrahan lebih ramai adun dan ahli parlimen BN ke dalam PR.Jadi tidak hairanlah kenapa Najib cukup bimbang dengan perkembangan terkini yang berlaku. - angkasanuri

No comments: