UMNO cabar MB Perak

[...] Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dicabar mendedahkan sama ada keputusan exco kerajaan negeri memberi hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru dicapai secara sebulat suara ataupun mendapat bantahan pihak tertentu.

"Kalau benar kerajaan negeri telus dan berwibawa seperti yang dilaungkan dan demi kepentingan rakyat Perak, dedahkan sama ada keputusan exco itu sebulat suara ataupun tidak," kata Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Datuk Seri Hilmi Ismail.

Katanya beliau tidak yakin keputusan itu dibuat secara sebulat suara kerana kerajaan negeri merupakan gabungan DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS.

"Saya percaya Menteri Besar diberi nasihat oleh Tuanku Sultan sebelum perkara itu dibawa ke mesyuarat exco tetapi dalam mesyuarat exco, beliau kalah dengan suara-suara (daripada DAP) yang menguasai exco kerajaan negeri," katanya.[read more]
Bangga dengan kerajaan Khir Toyo .. dia tak bagi penempatan pada kaum Cina, Tapi dia jual rumah pada kaum Cina dan dia halau penduduk setinggan Melayu .... .wakakakakak

Siapa lebih teruk?

No comments: