Dah hampir 2 bulan tidak berblog. Malah, maghoh, benci ... meluak.
Kita blogger miskin. Tak ada peruntukan. Komputer rosak repair sendiri. Kalau dah tak boleh repair. sepuk celah katil. Pinjam kat kawan.
Yeah .. masih ada kawan yang kesian. Dapat komputer bodoh tahun 1996 dulu. Kalau kereta model tahun tu, Finance dah tak mau bagi loan.
"Sorry Encik loan encik tak lulus, Encik kena beli kereta baru.", kata pegawai pinjaman.Tapi komputer ni tak payah bayar loan. Kawan bagi pinjam, Peduli taik dengan kemodenan. Yang penting, di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Dimana ada komputer, di situ aku tekan.
Hello adik .. kalau aku ada duit memang aku nak beli keta baru. Tapi kalau tak der duit, camana? Nko nak aku jual bontot ke? ", aku bagi tau budak keje bank tu.
Bila blogger dok berkumpul ramai ramai, buat perjumpaan, kita tengok sedih. Amboi Bloggernetwork@Malaysia ... syok nye korang !!!
Tak per ... aku blogger solo. Bloggeralone@home.
Laptop pun tak der. Nak gi cybercafe, kena cari yang boleh hisap rokok. Kalau "No Smoking Zone" tu sekejap je. Setakat masukkan komen. Lebih dari itu, kepala jadi bengggg.... !!!
Baru nak kuar kan rokok ... "Bang tolong jangan hisap rokok. Kami pening." Eleh ... budak kecik ni, aku sekeh kang. Dia belasah duit mak bapak main cyber ingat bapak korang tak pening ke? Cheettt !!!
Bila pilihanraya tiba, rasa gian mula datang. Nak baca je, kadang kadang jari tergerak gerak. Bila tengok tv, kepala putar, jari menekan nekan. Bini tanya, "Dah gian ke?"
Phang !!! Hentak meja, hentak kaki .. "Bodoh bodoh bodoh !!!" Marah betul aku dengan TV3 ni. Diorang ingat kita ni robot, bodoh dan tak tau nak guna otak. Cerita bodek bodek ni tak main la. Semua nya sama macam zaman dulu.
Anak pulak tanya, "Abah dah tak gi internet lagi ke? Bil internet tak payah bayar bulan ni bah"
Aisshhhh budak kecik ni, nak kena sekeh agaknya. Aku dulu masa kecik tak berani pandang muka bapak, tapi budak sekarang siap perli lagi. Abah kau ni pendam rasa, gian tak karuan. Tapi marah tak boleh nak di simpan. Kalau simpan lama lama, lintar pintas kat urat kepala, boleh jadi gila.
Tangan dah semakin gatal,
"Mah !! Tolong buatkan abang kopi", aku jerit.
Jari di letakkan di atas keyboard, mata mencari cari huruf 'R' dan seterusnya ....
"Mari kita mulakan sekali lagi !!!"
Hello kawan kawan. Radenjowo kembali. Tak baca tak per, asal aku boleh lepas marah. Selagi bill internet di bayar, selagi komputer tak rosak...kita terus berblog.
Tika rakyat memerlukan, tika ini kita datang. Lupa kan soal pemimpin, kita tak sokong parti tapi kita marah pada UMNO. Orang politik cakap senang, minta bantuan .. just mintak tolong. Tapi minta bajet .. sorang pun senyap. Tak berdecit. Email pun tak balas. Tak pa ... Kita biasa. Kita dah biasa dengan pemimpin yang cakap tak serupa bikin.
"Ahhh ... Raden .. kalau aku ada duit nanti, aku bagi nko laptop."
Aku tak minta, nko yang janji. Aku berjuang atas kepercayaan aku. Tidak ada kaitan dengan apa apa pemimpin politik. Kalau nko rasa nak bagi, aku ambik. Tapi jangan janji. Bila aku minta ... nkorang tak boleh bayar.
Hah sekarang sekarang, nah ambikkkkk !!! ... Batang hidung pun tak nampak. Jumpa sekali sekali .. dah tukar kereta. Amboi dah baik Harrier .. dah naik Merz, dah naik BMW? Amboi hebat korang ni. Nak politik untuk rakyat atau nak besarkan tembolok korang? Tak per. itu antara korang dengan Tuhan, Lupa janji tu biasa la.
Orang lain pun cam tu. tapi bukan aku. Yang penting aku teruskan perjuangan ini. Jatuhkan UMNO !!!
Sedangkan Palestin teruskan perjuangan, kenapa tidak kita? Bukan di suruh tahan peluru dengan dada, tapi setakat picit situ, picit sini. Sikit punya hal. Kita tak berkira tapi pada YB YB yang aku email tempoh hari tu. Lupa kan, simpan duit korang banyak banyak, lepas tu boleh menggelembong lagi.
Aku tak puji Pakatan Rakyat, tapi aku benci UMNO. So .. .YB YB Pakatan Rakyat tak payah dok pening kepala. Kalau korang buat pasal, nkorang pun aku belasah. pedulik apa. Ini komputer aku, ini bil aku, ini tempat aku dan ini negara aku. Selagi korang tak buat hal, selagi tu korang selamat.
Tapi ingat ... aku tengah kumpulkan setiap benda yang korang buat sekarang. Sama atau tidak dengan apa yang korang janji sebelum pilihanraya dulu.
Sekarang musuh kita UMNO. Musuh yang sama. Dan korang buat waktu ini masih selamat.
Kita selesai satu persatu.
Nak panas enjin kena buat header dulu .... ubah. Bagi ceria sikit. Kena ada mood.
Bukan nyanyi je kena ada mood. Nak berblog pun kena ada mood.
Tarik nafas ... ambil mood.. Do re mi fa so la ti do .... !!!
Ok kita mulakan lagi. !!!
20 comments:
Cian wak
Bagi no akaun wak, saya bank in sikit untuk beli laptop.
Wakakakak...!!!
welcome back wak !!! Hidup no2umno !!!
btoi ape ..ce boh nombor kat atas rase nyer ramai nak bagi....boh la wak
ha ah la wak... email ler acc bank nyer no to naaim.zee@gmail.com ade rezeki wak, saya bank in la sikit..
sikit sikit lama lama jd bukit..
welcome back wak..
wakakakaka..nasib baik gian lu tekan R ajer, kalau lu tekan P,kena tunggu lagi ler gamaknyer 2 bulan..!
Comeback wak raden..baru ceria dunia blogging..! Bila baca..gelak terguling..kena sindir dgn wak mcm kena hempap batu giling.
ABO@radenbanjar
apa rasa bila tak tekan keyboard dalam satu hari? macam orang noe? tak senang duduk dan rasa ada something wrong kan? dashatnya pukulan teknologi..
selamat kembali wak...
realiti wak sama macam saya..pa2 pun lawan tetap lawan...
hancur umno
nak beli laptop pn nak kena ada sumbngan ker?hahah
welcome back wak...
selamat berjuang...wak kasi hantam sama YB2 yang x wat keja...cakap x selupa bikin...
salam
apa kata kita, pakat2 kumpul dana untuk sumbangkan pc kat abang raden.
sebijik CPU saja ,kot2 dlm RM700 ngan crt monitor.
Tajuk begini macam mana?
Lembu pun sondol Calon BN
bravo wak.... teruskan perjuangan... kami bersama wak.. lama sungguh menangung rindu ni..
mozilla
Anonymous [eh sapa nih?]
mangchikla
dollah yankee
kerabu said...
Harimau-Malaya
Asrol - kelatekito.com
Zubli Zainordin
iwan
ABO@radenbanjar
tima kaceh banyak banyak atas sokongan. Semoga di murah kan rezeki korang semua.
Pasal derma tu .. Tak per ...
Kalau sampai aku tak makan nanti, korang kena belanja. AKu datang rumah korang bawa perut je ...
Wakakakak !!!
alhamdullilah...akhirnya mau jugak wak kembali memetik keyboard,makanya homepage saya kena tukar kembali...SELAMAT BERJUANG..WELCOME BACK..ASTALAVISTA WAK RADEN...
Salam wak... kau ngan aku sama je... aku dok pikul desktop... pagi aku pikul bawak p opis, petang aku pikul bawak balik umah...
apa nak buat... kalau sehari x ngadap PC, blh demam... adusss...
Wak bertemu kembali.....rindu sama Wak...waakakaka.....
Sireh pulang ke ganggang.
Radenjowo selamat kembali
Ceriakan dunia ini dengan blog notoumno.
Syabas !
tulis je lah no.akaun bank wak tu..
apa nak malu..
semua kerja membutuhkan ongkos..
ada rezki sikit buat cara sikit..
ada rezki byk buat cara byk..
ada rezki melampau2 byk, bukan jadi miskin kami bila wak jadi jutawan..
syukur lagi..
Alhamdulillah...
dah kembali jugak akhir sahabat aku nie..
aku just nak tanya panglaman tak pegang keyboard selama nie apa rasanya... he he he..
ok wak balon jangan tak balon...
LouDnesS..
terima kaseh
Topengperak_Xinwugi®
rasa gian ... macam tak dapat candu
Blogger Mansor Bin Sharif
Rindu pada semua ... wakakaka
melatiputih
terima kaseh
Azeezi
InsyAllah .. nanti saya tulis
Tapi selagi ada duit dalam akaun
Wak habis kan dulu. wakakaka
KedahLaNie
Salam perjuangan
Negara perlu kan kita rasanya
Post a Comment