Wanita UMNO tanya ... kenapa bakar kelambu?



"Marah nyamuk, kenapa kelambu dibakar?"

KUALA LUMPUR: Wanita Umno tidak bersetuju terhadap cadangan supaya pergerakan itu serta Pemuda dan Puteri dan juga Biro Putera Umno dibubarkan dengan alasan bagi membanteras amalan politik wang.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kewujudan sayap parti tidak harus dikaitkan dengan amalan politik wang, kerana mereka yang terbabit adakalanya bukan dalam kalangan anggota sayap parti Umno.

"Marah nyamuk (kenapa) kelambu harus dibakar... hanya segelintir anggota Umno terlibat dalam gejala politik wang, jadi mengapa 'kelambu' yang berusia lebih 50 tahun menjadi tonggak kekuatan Umno mahu dibakar?" katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata sekiranya cadangan itu diterima oleh pucuk pimpinan Umno, tidak mustahil pada masa akan datang akan muncul pula gesaan agar parti Umno dibubarkan. [read more]

Semua hentam cadangan Pengerusi Disiplin ... Wakakaka !!!
Mana Rithaudeen nak letak muka?
Haru biru ... UMNO haru biru.

Aku tengok wanita UMNO dah macam KELAMBU je ... Wakakakak !!!
Antara Wanita UMNO dan Kelambu .. mana yang perlu di bakar?

1 comment:

ISA said...

Jawapannya.... dalam kelambu panas la... lebih baik di bakar...