Zahid Hamidi dah marah .... wakakak

Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri
[...] Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri bagaimanapun berkata, agensi-agensi seperti Jabatan Pengarain dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis dikecualikan daripada larangan itu.

Ahmad Zahid berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

"Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP," katanya.

Disebabkan Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.

"Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya. [more]

3 comments:

Amri Mat Saaid said...

bagus lerr UMNO bertindak mcm tu makin bertambah benci dan muak rakyat kepada UMNodan BN

Anonymous said...

Dah tau raayat benci kat umno menteri keluar arahan macam tu pulak, najib tolong tengok anak buah kamu tu,patut nya semua pegawai keraan persekutuan diarahkan menghadiri setiap perjumpaan tak kira anjuransiapa pun bagi mengetahui masaalah raayat-bodo punya menteri

Anonymous said...

dah memang jenis bodoh tak boleh di ajar. kata demokarsi..boleh jalang lahh.
demo kuku besi adalah dasar baru BN/UMNO