ADUN Behrang Dan Changkat Jering Tidak Keluar PKR

IPOH, 2 Feb (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu yang "hilang" sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.

Pengerusi PKR Perak Osman Abdul Rahman berkata kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.

"Kita tidak ada menerima sebarang surat meletak jawatan atau keluar dari parti (daripada mereka)," katanya kepada pemberita di pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Jamaluddin dan Mohd Osman "hilang" sejak Isnin lepas dan semalam Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah meminta mereka supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.[read more]

Ayoyok !!! Surat letak jawatan dah kuar, tapi kenyataan keluar parti tak di sebut. Wakakaka !!!
Jadi lebai Malang la ... .Wakakakak !!!

No comments: