Apakah Akan Ada Kerajaan Negeri Yang Runtuh?

[...] Kebetulan dua Exco Perak dari PKR, Kapt (B) Mohamad Othman Jailu dan Jamaludin Mohd Radzi sedang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Kes mereka akan dibicarakan minggu depan. Umno nampaknya menggunakan peluang ini untuk memancing dua angota Exco berkenaan. Apa yang dilakukan Umno itu adalah lumrah dalam politik. Dan sekiranya dua Exco itu menyertai Umno ia juga bukan sesuatu yang mustahil dan ganjil.

Beliau kini dalam keadaan terjempit dengan dakwaan rasuah. Sekiranya Umno ada jalan untuk mengelakkan mereka ke mahkamah, mungkin mereka sanggup membayar dengan apa juga caranya termasuk meningalkan PKR dan menyertai Umno. Soal Umno menggunakan kaedah betul atau sebaliknya itu soal lain.

Satu laporan semalam mengatakan dua Exco itu kini berada dalam kawalan Mohd Najib Razak. Mereka juga dikatakan bila-bila masa saja akan membuat kenyataan keluar dari PKR dan menyertai Umno.

Hari ini MB Perak Mohamad Nizar Jamaluddin telah membuat laporan polis atas kedua Exco itu. Exco berkenana dikatakan hilang dan tidak dapat dihubungi sejak 48 jam lalu.

Apakah dua Exco itu diculik atau benar-benar berada dalam kawalan Umno? Politik boleh berlaku apa saja dan jangan rasa mustahil dengan apa yang terjadi. Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat jangan mudah menganggap cerita yang ditabur itu sebagai gimik. Namun mereka harus bersedia menerimanya sebagai satu realiti. [read more]

5 comments:

Critical Thinker said...

kene tunggu dulu baru boleh cakap banyak.....harap tidak berlaku perubahan

http://malaysianscrap.blogspot.com

Gelombang Rakyat said...

ADUN hilang ye bang..?

Jom jerit skit..!

Woit! Hangpa dah adun ngan betoi ka?

mangchikla said...

Ade. Negeri Sembilan..tunggggggguuuuuuuuuuuuu

Gelombang Rakyat said...

Mangchikla

Anda punyia Blog apa nama?

tok iskandar said...

Ketika rakyat semakin muak dan mula menolak kerajaan UMNO-BN,heboh se Malaya 2 exco PKR nak jaoin UMNO.

Najib.....jika benar sekalipun 2 Exco PKR join UMNO,rakyat dah boleh baca betapa desperatenya kedua-dua Exco ini mempertahankan kerusi masing-masing.Berbakti kepada negara dan bangsa tidak terlintas dalam benak mereka yang kian bercelaru dengan tawaran rasuah juta-juta dan juga persetujuan najib buang kes rasuah mereka.Siapa nak masuk penjara weh...

Khabarnya mereka berdua kini berada di Pekan.Tengah berunding dengan Najib.Pak Lah pun dah umumkan beberapa ADUN Perak akan melompat menyertai BN.Kemudian Tok dengar khabar angin bertiup kencang seorang ADUN PKR di Kedahpun nak melompat parti.Ini mungkin lebih kepada strategi BN untuk mengelirukan Pakatan Rakyat.Apapun langkah berjaga-jaga kena diambil agar spekulasi tidak menjadi realiti.

Semakin suspen senario politik yang berlaku di Perak.Adegan aksi lompat-melompat kedua-dua belah pihak,Pakatan rakyat dan BN menjadikan kerusi Dewa Undangan Negeri masing-masing menjadi pertaruhan.

Belum reda berita Nasaruddin,ADUN Bota menyertai Pakatan Rakyat,timbul pula spekulasi 2 Exco PKR melompat parti.

Khabarnya,mereka berdua telah diculik dan kini berada di Pekan untuk berurusniaga dengan Najib.

Tok taklah mengiakan atau menidakkan perkara ini.Cuma Tok nak mengulas implikasinya jika spekulasi itu menjadi realiti.

Sebelum itu,tok nak cadangkan agar satu solat hajat diadakan di Stadium Negeri Perak dan seluruh negara memohon kepada Ilahi agar dipertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Tok ada dengar berita jika benar 2 exco PKR ini menyertai BN,pilihanraya kecil akan diadakan di kedua-dua dewan undangan negeri tersebut.Harapan UMNO untuk menang amat tipis memandangkan senario politik negara ketika ini lebih memihak Pakatan Rakyat.

Sejauh manakah kebenaran kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri itu otomatik kosong jika kedua-dua Exco PKR mengumumkan lompat parti tidak dapat dipastikan.

Kehadiran kedua-dua exco itu ke Pekan lebih kepada membincangkan strategi BN untuk menguasai Perak dengan menjadikan mereka sebagai kuda trojan.

Lebih mudah kedua-dua exco ini menjadi ADUN Bebas sebelum menyertai UMNO beberapa bulan kemudian.Kemarahan rakyat terhadap merekapun ketika itupun kian reda.

Dari sudut positif,jika benar kedua-dua exco ini melompat parti,tiada lagi halangan wakil rakyat BN menyertai Pakatan Rakyat.Pak Lah dan Najib tidak boleh berbuat apa-apa menghalang mereka.

Elok juga cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dipertimbangkan kerana jika kedua-dua exco ini menyertai BN,perbezaan kerusi hanyalah satu dan ini akan menyukarkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mentadbir negeri itu.Janganlah disamakan situasi di kelantan walaupun kerajaan PAS di sana pernah memerintah di sana selama sepenggal berbekalkan kelebihan satu kerusi dewan undangan negeri.

Jika Pakatan Rakyat dapat mencuri beberapa orang ADUN BN,kehilangan 2Exco PKR itu tidak akan menjadi masalah besar dan merugikan.sebaliknya,lebih menguntungkan kerana barua-barua sebegini tidak layak disimpan dan akan menjadi satu liabaliti kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Jika DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh negeri Perak,peluang Pakatan Rakyat untuk menang besar dan merampas lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimiliki BN lebih cerah dengan mengambilkira mood rakyat ketika ini.Kebencian mereka terhadap parti yang luput tarikh seperti UMNO semakin berkobar-kobar kerana tindakan keji UMNO menculik kedua-dua exco PKR ini untuk kepentingan politiknya.apabila kemarahan dan kebencian ini dizahirkan dalam kertas undi,nescaya BN akan kalah teruk.

Sudahlah berabih duit berbilion-bilion ringgit,masa depan Najib sebagai PM juga akan menjadi pertaruhan.

Di sini Tok hendak menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menolak politik kotor yang diamalkan oleh kerajaan pusat UMNO-BN.

Najib tak layak menjadi PM kita.Kes Altantuya,sumpah bohong Bala,pengakuan liwat saiful bukhari,penculikan kedua exco PKR memperlihatkan kepada kita semua wajah sebenar Najib yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memerintah negara.

Apakah ini yang kita mahukan?Kepada kedua-dua Exco itu masih belum terlambat untuk mengubah pendirian dan kembali kepada Pakatan Rakyat.Jika sudah terlambat,keluarga sendiri turut berdepan cemuhan dan bakal dipulaukan rakyat dan terpaksa hidup dalam keadaan tertekan walhal korang sendiri sudah tahu rakyat sudah benci dengan parti yang luput tarikh seperti UMNO.