Arumugam letak jawatan EXCO dan ADUN

TERKINI
ALOR SETAR
9 Feb. _ Kedah akan menghadapi satu pilihan raya kecil apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, beliau menerima surat peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco kerajaan negeri menerusi dua pucuk surat yang dihantar kepadanya dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail petang tadi.

Menteri Besar menjelaskan, beliau telah mengadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah bagi memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan Arumugam itu sejurus selepas menerima surat berkenaan. - Utusan

No comments: