Bagaimana Perak Jatuh

Komen menarik untuk di baca....

Dua bekas ADUN PKR itu hanya menjadi aset ketika hendak membentuk kerajaan. Setelah kerajaan dibentuk, mereka akan menjadi liabiliti. Semasa mereka ditangkap oleh BPR (kini SPRM) wang ada bersama mereka. PR mendakwa kedua-duanya diperangkap. UMNO/BN bukan sahaja bermati-matian menidakkannya malahan juga menambah dengan kes sedekah seks. Sedekah seks telah terbukti benar. Pada adatnya, tentulah kes rasuah itu akan terbukti kebenarannya. Jika terlepas, pasti ada tangan ghaib yang berperanan. Imej UMNO yang sedia terpalit dengan rasuah akan merudum lebih teruk lagi sekiranya hal itu terjadi. Namun, satu kemungkinan lain ialah dimunculkan seorang hamba Allah yang akan membuat pengakuan bahawa dia memerangkap kedua-dua ADUN itu semasa perbicaraan berlangsung. Selamatlah mereka. Agaknya, berapa denda yang akan dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan memerangkap?

UMNO sebagai sebuah parti rasuah sememangnya tidak sukar untuk memujuk seseorang yang juga perasuah. Ini kerana kedua-dua belah pihak mempunyi citarasa yang sama. Pepatah Inggeris mengatakan, "It takes a thief to catch a thief". Maklumat ini pasti menimbulkan kecurigaan rakyat terhadap UMNO/BN.

Kes rasuah kedua-dua ADUN itu akan menghantui Zambry yang menduduki kerusi MB Perak. Di samping itu, dia, barisan EXCO, dan semua ADUN akan sentiasa diserang oleh 28 ADUN PR yang telah tahu dengan mendalam selok-belok kerja orang BN melalui pengalaman memerintah lebih 10 bulan yang lalu. Nampak gayanya, kerajaan UMNO Perak akan terus bergoncang sehingga kedatangan PRU Ke-13!!! - selanjutnya

DAN SINI juga tak kurang menarik. Hmmm betul ke?

3 comments:

Pengasas said...

Salam PakRaden,
Zambry, jenis kereta exco Perak ngan Selangor tu ke?

radenjowo said...

Wakakak !!!
Boleh tahan juga Pengasas ni.
Wakakak !!!

Anonymous said...

UMNO tak sebodoh itu...lihat game ni stakat 2ekor ni boleh kawtim..
Perbicaraan dimahkamah akan ditunda ...mungkin selepas PRU13 belum tentu selesai.