Blog UMNO marah Najib

Najib Melangkah Tidak Betul
umnoketereh
Permatang Pauh boleh dimaafkan. Disitu memang kuat pengaruh Anwar Ibrahim. Kemudian Kuala Terengganu. Percaturannya seakan-akan BN akan menang tapi keputusannya BN kalah jugak. Najib berperanan besar dalam kedua-dua pilihanraya kecil ini. Tak sempat duduk sebab kempen sana sini dengan status Timbalan Perdana Menteri yang akan jadi Perdana Menteri Mac ini.

Perubahan kuasa di Perak juga dikatakan strategi politik Najib. Tapi sebaik-baik perencanaan, rencana ALLAH jua yang terbaik. ADUN Bota dijadikan lembu untuk melompat parti. Dalam sejarah tidak pernah ada ADUN UMNO melompat ke pembangkang. Taktiknya ialah untuk menutup mulut puak Pakatan Rakyat (PR). Apabila ADUN Bota dilihat melompat dengan rela hati tanpa sebarang janji wang ringgit atau pangkat maka sana sini duk puji ADUN Bota ni sebagai orang yang ikhlas kerana tinggalkan kebendaan dan memilih kepentingan rakyat.

Rakyat melihat ini sebagai satu sandiwara. 10 hari kemudian ADUN Bota ini sepatutnya tidak melompat balik ke BN sebab nampak sangat bodohnya. Tapi seperti yang kita maklumkan bahawa buat rencana jahat ALLAH bagi rencana yang lebih jahat lagi kepada puak ni. Puak BN memang seronok la dengan cara ni tapi kawe percaya dan yakin kalau ada pilihanraya dalam masa terdekat ni di Perak memang kecundang BN dan rebah sampai tak bangun-bangun.

Inikah wadah perjuangan kita ? Inikah cara UMNO ..? Kalau begini sampai bila-bila tidak akan berubah UMNO dalam perjuangan. Yang kekal hanyalah ketamakan dan keangkuhan. Rakyat...mampus gi

1 comment:

Anonymous said...

Adun Bota diambushed pertengahan jalan ke KL oleh UTK dimana kononnya Raja Muda ingin bertemu.

Dengan menggunakan UTK maka jelas sama macam kes monggolia.