Blogger Mat Saman Kati bakal bertanding di Perak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRaLV7LVztL8vuEeEz88oKSbadYSQiIguGcatuuC3a1syFfu01sykY6tqq7mAwh34kH4kHhSX5mMOZljLziU4Df7WszuPsiaUvNjDhXSh3M4ITrhmKQkzzAhviAPVBv6588Qoh12dCHIG2/s320/msk01.jpg
Blogger ternama dari Perak Mat Saman Kati bakal dijadikan calon Pakatan Rakyat jika pilihanraya kecil di Perak bakal berlaku berikutan peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Mat Saman Kati yang dirahsiakan namanya dipilih oleh Bloggers Network Malaysia untuk berjuang di dalam pilihanraya kecil (jika pilihanraya kecil di kedua-dua DUN tersebut disahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)

Mat Samat Kati terkenal dengan blog portalnya di www.perakexpress.com, Beliau adalah sudah lama bergiat di dalam dunia kebajikan dan bekerja di beberapa buah NGO - badan kebajikan.

Mat Saman Kati popular dengan dengan idea KERAJAAN MAYA RAKYAT. Boleh di baca di sini www.scribd.com/doc/8955387/Polifiksyen-Kerajaan-Maya-Rakyat

Mat Saman Kati juga telah berjaya menyatukan blogger-blogger di seluruh Malaysia di bawah payung Bloggers Network Malaysia. Sebelum u, Mat Saman Kati berjaya satukan para blogger di perak di bawah Bloggers Network Perak. [read more]

4 comments:

Anonymous said...

Dua wajah di atas lebih baik berbanding 2 wajah di bawah.
ka ka ka !

Pengasas said...

Salam PakRaden,
Yang di sebelah MSK tu dah tentu penyokong kuat dia. Cuma tak boleh mengundi.

tok iskandar said...

Kali ini Najib terperangkap dan berada di laluan sukar untuk mengejar impiannya menjadi PM setelah kedua exco PKR Perak meletakkan jawatannya.

Ini bermakna kerusi Dun Changkat Jering dan Dun Behrang diisytiharkan kosong dan pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Apakah SPR akan mengadakan pilihanraya kecil untuk kedua-dua kerusi DUN ini serentak?sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Mood rakyat ketika ini memihak Pakatan Rakyat dan peluang BN untuk menang boleh dikatakan agak tipis.

Jika congakan ini diambilkira,Najib bakal menghitung hari karier politiknya akan berakhir.Kau kena perangkaplah Najib.Pak Lah dan Khairi sengaja beri tanggungjawab baru kepada kau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Kalau BN kalah dua-dua kerusi DUN ini,alamatnya Najib kena letak jawatan sebagai TPM,Menteri Kewangan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Tok nak tengok macamana gandingan Najib dan Zahid berdepan dengan situasi ini.Kedua-duanya dulu bekas orang kanan Anwar tapi bila dah senang bos korang sendiri kau kenakan.Pengakuan bersumpah oleh saiful bukhari yang mengatakan dia diliwat dah sah rancangan licik korang.

Langit tak selalunya cerah dan korang akan berdepan dengan hukuman rakyat sebelum berdepan dengan hukuman Tuhan.

Najib telah memanggil mesyuarat tergempar semua ahli dewan undangan Perak pagi ini di rumah nya di Putrajaya mengenai situasi politikdi Perak. Didapati tiga orang Adun Perak tidak hadir.

Mereka yang gagal hadir di Putrajaya ialah Datuk Ahmad Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat).

Ketiga-tiga trio ini diberitakan akan melompat ke Pakatan Rakyat.Satu lagi tamparan hebat buat gandingan Najib-Zahid.

Eloklah korang mintak nasihat kat PM pencen tu,Tun Mahathir.Selama ini dialah penasihat korang.

UMNO tentu sudah pening sekarang.Pemilihan UMNO Mac ini dimeriahkan dengan pilihanraya kecil DUN Behrang dan changkat Jering.

Nak kempen untuk jawatan parti atau untuk Pilihanraya Kecil kedua-dua DUN ini.Tak kempen untuk diri sendiri nanti kalah pulak dan peluang nak jadi calon BN untuk PRU13 tipis.Dilema ni.Biar BN kalah asalkan aku menang,demikianlah pendirian kebanyakan pemimpin UMNO yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO Mac depan.

Pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering akan menjadi mimpi ngeri buat Najib dan Zahid.Khairi menunggu giliran menghukum korang kerana mensabotaj orang-orangnya Wan Farid dan Norza Zakaria.

Tok juga nak cadangkan kepada Pakatan Rakyat Perak agar tidak berebut dan bergaduh ketika menamakan calon untuk kedua-dua kerusi DUN tersebut.Berbincanglah dan berlapang dadalah terhadap calon yang diputuskan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat perlu berhati-hati mulai sekarang dan mengawal ketat kesemua ADUN mereka agar tidak diculik Najib sehingga berakhirnya Pilihanraya Kecil Behrang dan Changkat Jering.

Kepada pengundi-pengundi dikedua-dua DUN tersebut,segala pemberian kerajaan BN korang ambiklah.Anggaplah durian runtuh tapi time mengundi nanti korang undilah Pakatan Rakyat.

Kedua-dua exco PKR itu telah hilang kelayakan untuk bertanding selama 5 tahun.UMNO dan BN pecah kepala untuk memikirkan calonnya.Adegan baling kerusi,pulau memulau,bergaduh dan sabotaj akan menjadikan UMNO,parti yang luput tarikh semakin menghampiri zaman kepupusannya.Katakan tidak kepada UMNO dan BN

Hubaya Gunung Semanggol said...

Kot mana pun UMNO tetap bungkus...