BN hilang waras, beratus FRU kepung ceramah Husam!


[...] Sebanyak lapan buah trak FRU serta 'water cannon' bergegas ke rumah Timbalan Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Haji Idris Abdul Rahman untuk menghalang orang ramai daripada mendengar perkembangan Negeri Perak serta kemelut yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

"Ratusan FRU dan Special Branch (SP) berkampung di keliling rumah Pak Leh semalam semata-mata menghalang orang ramai daripada mendengar penerangan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, " ujar Ketua Penerangan PAS Bayan Baru, Raziz Md Nor.

Menurutnya, selepas solat Isyak FRU sudah berpusu-pusu memasuki kawasan padang yang dikhaskan untuk ceramah yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.

Baginya, tindakan itu menandakan Barisan Nasional (BN) sudah hilang kewarasan sehingga terpaksa menggunakan polis yang ditugaskan menjagai keamanan bertukar menghalang ceramah isu semasa. [read more]

klik berita sini

1 comment:

sheikh teluk intan said...

Salam Raden,

Mana pulak 'waras' Umno menghilang? Tapi teman dengor memang Umno sejak dulu lagi , tak ada 'waras'.