BN ke Istana, Sultan timbang 2 opsyen


PETALING JAYA:
Barisan Nasional (BN) Perak, diketuai Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bagi memaklumkan secara rasmi bahawa perikatan itu mempunyai sokongan diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru.

Sultan Perak dijangka mempertimbangkan dua pilihan iaitu memberikan peluang kepada BN membentuk kerajaan ataupun membolehken Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Pucuk pimpinan BN belum memikirkan mengenai calon Menteri Besar yang baru jika diberikan peluang memerintah.

BN Perak yang kini mempunyai cukup bilangan kerusi untuk membentuk kerajaan baru selepas empat ADUN Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing. - Mstar

No comments: