FEB 9 – Nampaknya apa yang dihajati para pemimpin Pakatan Rakyat di Perak untuk menilai sokongan rakyat negeri itu kepada mereka menjadi kenyataan apabila anggota Parlimen Pas Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal hari ini.
Roslan dikatakan meninggal akibat komplikasi jantung selepas jatuh dari shayang dinaikinya hari ini.
Menurut maklumat, Roslan keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit pagi ini dan terjatuh semasa mengayuh basikal berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah.
Dengan kematian ini, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Adalah dipercayai Speaker Dewan Rakyat secara rasmi akan memaklumkan kepada SPR berlaku kekosongan di kerusi Parlimen Bukit Gantang itu dan dalam masa 60 hari SPR dijangka akan mengadakan pilihan raya kecil. [read more]
No comments:
Post a Comment