Bung Mokhtar gelar Pejuang bangsa sebagai 'anasir'

parliament 170209 wakil gerakan memansuhkan ppsmi
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kesal dengan tindakan ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar kerana "tidak menunjukkan akhlak yang mulia" dengan menggelar pejuang bahasa sebagai "anasir".

"Sebagai seorang pemimpin yand duduk di dewan yang mulia (parlimen), beliau (Bung Mokhtar) sepatutnya berbahasa dengan cara yang baik, dengan ketinggian akhlak dan adap sopan," kata setiausaha gerakan itu, Hasni Abas.

Sehubungan itu, Hasni mendesak ahli Parlimen itu membuat permohonan maaf secara terbuka "sebagai orang yang berbudi bahasa".

Dalam kejadian kira-kira Jam 12 tengah hari tadi, Bung Mokhtar ditemui pemimpin GMP - diketuai pengerusinya, Datuk Hassan Ahmad - ekoran kenyataannya di dalam dewan hari ini yang didakwa menyifatkan pejuang bahasa sebagai "anasir". [read more]

4 comments:

Gelombang Rakyat said...

Pelek gak Bung ni ye bang..?

anasir?

marah ler depa.

Kalau

anajib

atau

anazri

mungkin okay gut..!

Anonymous said...

bung 2 taw ape..
ckp malayu p0wn x bpe bt0i..
kal0 die ckp pejuang bahasa 2 anasir b'makna die menentang perlembagaan yg mengatakan BAHASA MELAYU adalah bahasa kebangsaan..
ape le nk jd...

Anonymous said...

Bung tu dah kembung. Nama je orang politik. tapi...perlembagaan pun dia tak baca. Entah2 dia tak tau kut. Asalkan poket dia kembung, cukup bulan, gi hong kong, cina dan jepun dah bagus. ngap sayot.

Anonymous said...

Sebab tu Bung Mokhtar punya bahasa tak pernah betul. Mcm Samy Vellu :)