Elaun cuti Exco Perak ditalik balik

TELUK INTAN: Elaun percutian tahunan sebanyak RM20,000 seorang kepada enam Exco Kerajaan Perak akan ditarik balik untuk digunakan bagi mengatasi masalah rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, adalah tidak wajar peruntukan sebanyak RM120,000 itu digunakan sebagai elaun percutian dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

"Wang berkenaan sebaliknya digunakan untuk mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Pejabat Daerah Hilir Perak, hari ini.

Zambry juga berkata kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan mesyuarat exco di setiap daerah di negeri itu secara bergilir-gilir bagi membolehkan semua anggota exco memahami lebih mendalam masalah rakyat di peringkat akar umbi. - Bernama
Wakakakk !!! ..... ek e leee .... dia MB ke? Wakakakak !!!

2 comments:

Anonymous said...

Oleh kerana elaun cuti dibatalkan maka ianyanya digantikan dengan di beri kawasan balak 100ekar bagi setiap exco haramjadah.

Anonymous said...

MB ni buat mesyuarat tak sah. Tak kan tak faham esok lusa arahan yang di keluarkan olih exco haram tak laku.
Buat mesyuarat kat setiap daerah tu kan ke mebazir dan menyusahkan daerah tersebut. Nak buat claim banyak lah tu, ataupun nak tambah peruntukan bagi semua daerah besarkan dan renovasi bilek mesyuarat, jadi ada peluang buat duit.
Alahai MB haram. Membelit lah kamu ni zombie.