Rasa terlalu berdosa untuk tinggalkan tanggung jawab memberitahu semua yang mahu membaca perkembangan. Terima kaseh kepada blogger perak yang memenuhi ruang Chatbox untuk melapurkan setiap perkembangan. Radenbanjar dan sekalian pelayar ... terima kaseh !!!
Selepas pulang ke rumah jam 6 petang, wak di beritahu oleh isteri tentang perkembangan di Perak. hancur luluh, kecewa dan wak terus capai keyboard dan melihat perkembangan.
Ramai juga yang turut merasakan perasaan yang sama dan shoutbox menjadi diluar kawalan.
Wak terpaksa menutup shout box kerana ramai yang meluahkan perasaan. Marah, kecewa, tertipu dan akhirnya maki hamun pun terkeluar.
Wak menghentak meja. Betapa rakyat di tipu. Memang Frust !!!
Wak bersolat sebentar untuk tenangkan jiwa kemudian membuka semula komputer untuk melihat lihat perkembangan. Marah di tukar kepada gurau agar semua orang kembali cerita dan bersemangat. Hari ni wak buka email dan satu email yang sesungguh menyejukkan hati.
email dari teman,
Sabo je wak.. biler den dongar kepoh kerajaan Perak , tetibo den teringek satu ayat yg lazim diwiridkan solopeh solat -
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. " Ali 'Imran , 26.
anak den budak tahfiz, den tanyo "Eh 'Ali, tuh ayat Kulillahum mamalikul mulki tuktu mannn tasya ayat berapa ? OOooohhh abah carik kat Ali 'Imran.." muakakkakaak kan sonang tuh...
Ado la kebaikannyo yg tak terjangkau difikiran kito sumo. Sodih mmg lah sodih... yg ponting jgn putus harap ngan Allah. Ce tgk natijah nyo dari perbuatan Najib/BN nih,ntv7 cakap 94% poll kate BN bungkus PRU 13 esok. The ramifications (muekekek ntah yo ko tidak, bunyik sodap yoo..muakakakaka) dari peristiwa ni, benih benih kejayaan insya Allah dah di pasak ke hati rakyat. Ce tgk gambor brudder Nizar kek sini http://syaomel85.blogspot.com/2009/02/wajah-terkini-mb.html , tonangggggg yo... Sobonar den pon tgh memujuk hati den, muakakakakakakak
1 comment:
Marah, sedih, geram semua ada!! setiap kejadian pasti berpasangan... yakin kebenaran dan keadilan akan tertegak juga, yang pasti hati telah semakin jauh dari Bangkai Najis tiada walau setitik air di lautan
Post a Comment