Exco Kedah letak jawatan, pilihan raya kecil?
[DIKEMAS KINI, 8.15 MALAM] ALOR SETAR: Di sebalik desas-desus menyertai Barisan Nasional (BN), Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut tetapi masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.
Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini pagi tadi.
Azizan dijadual mengadakan sidang media susulan pukul 9 malam ini.
Difahamkan Arumugam yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India, mengambil keputusan itu atas masalah peribadi.
Semalam sekumpulan penduduk dari kawasan Sungai Petani mengemukakan memorandum kepada Sultan Kedah berhubung Arumugam.
mStar Online difahamkan Arumugam turut berhadapan dengan tekanan agar meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau.
Beliau yang menjadi perhatian banyak pihak ekoran cakap-cakap akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai BN tidak dapat dihubungi dan "hilang" hampir seminggu yang lalu. [read more]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment