Gempar !! Hantu kopek mengganas lagi?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgP9g-krhmxoCF4YM3ZgarCcXzrIuW1O3CBW8P6xSog7mmSHvqdRi_AL41znhqPi4h23QLpGw3raqRDt5QC-LWbIrMo-_lY5NIq4bnx98DfMA47HlGKO0UMk6Haoo6djpIOcZ-i5x-K0eM/s320/hantu+kopek.jpg
Anggota Exco Kerajaan Negeri dari parti PKR yang telah disahkan meletakkan jawatan, V.Arumugam “menghilangkan diri” tanpa sebarang berita.

Sebelum ini beliau di lapurkan meletakkan jawatan sebagai EXCO sementara kekal sebagai ADUN.

Menurut laporan, beliau pernah di ugut dan di ancam diri dan keluarganya untuk menyertai Barisan Nasional. Keadaan yang sama di alami oleh dua orang ADUN yang melompat parti di Perak baru baru ini.

Siapa kah yang menyembunyikan beliau? Adakah hantu kopek yang sama, atau adakah kehilangan ini bertujuan untuk menyembunyikan diri dari di ganggu oleh hantu hantu kopek yang sering menyorokkan YB YB?

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India itu gagal ditemui dan tidak menjawab sebarang panggilan telefon termasuk daripada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sendiri.

Rumah yang di sewa oleh beliau turut kosong dan berkunci.

Sudah ku bilang ... petang petang jangan keluar.

5 comments:

Pengasas said...

Salam PakRaden,
Tak ade ke bomoh mane yg boleh lawan hantu tu?

ISA said...

Salam Raden dan Dr.

Ada.... Nujum PakLah... tapi sekarang dia tengah bertapa... tunggu 09/03/09 baru keluar...

radenjowo said...

Wakakakka !!!
Ini kena tanya MSK
Dia tau sikit sebab ada kawan dia nama Pak Nawi tu boleh tahan gak rasanya.

Wakakak !!!

qwerty said...

BANYAKNYA FITNAH KAT SINI.
berdosa tau fitnah orag..

radenjowo said...

qwerty,
tersilap masuk blog ke?
Wakakakak !!!

kalau nak citer tak der fitnah masuk la blog UMNO,
Bersih, suci lagi mensucikan.

Wakakakka !!!