Hikayat Kambing dan Lembu

http://wimhoogendijk.web-log.nl/wimhoogendijk/images/smiling20goat.jpg
Sahibul hikayat telah diriwayatkan, terdapat nya seekor Kambing dan Lembu yang boleh berkata kata di zaman dahulu kala.

Sang Lembu dan Sang kambing yang sedang mengunyah hijauan rumput di kebun Laksamana Hang Li Po yang di anugerahkan oleh Sultan Melaka pun berkata kata.

"Wahai Sang Lembu yang bijak bistari. Sebagaimana di sebut sebut sebagai haiwan yang bijak, maka hamba ingin bertanya akan sesuatu", tanya Sang Kambing.

"Sila kan wahai Sahabatku Sang Kambing. Apa pun pertanyaan, pasti hamba akan menjawabnya dengan kecerdasan dan kebijaksanaan aku", jawab Sang Lembu.

"Semalam ketika hamba pulang dari bandar, hamba terlihat akan sekumpulan manusia sedang menjerit jerit memuji muji nama Sultan Melaka. Khabarnya mereka itu dari golongan yang bijak bistari bagaikan saudara mara Tuan hamba juga", kata Sang Kambing merujuk kepada Sang Lembu.

"Ohhh .... mereka mereka itu sedang mencuci najis" , jawab Sang Lembu.

"Apa benar mereka sedang mencuci najis sedangkan mereka sedang memuji Sultan Melaka?", Sang Kambing mula bertanya.,

"Apa yang kamu lihat itu bukan yang benar, sedangkan cara mereka mencuci najis adalah dengan memuji muji nama Raja mereka.", jawab Sang Lembu.

"Jika itu lah tujuan mereka itu, maka benarlah mereka itu bijak untuk di golongkan bersama sama dengan kumpulan Tuan Hamba kerana mereka tidak perlu mencuci sebagaimana orang lain mencuci najis mereka. Bijak Sungguh mereka." kata Sang Kambing lagi.

"Ya .. tapi mereka tidak boleh di sama kan dengan keturunan hamba ... moooohhhhh ....", jawab Sang Lembu sambil mula bergerak ke kawasan rumput yang lebih panjang.

Kambing terdiam.

Ditegur lagi oleh Sang Kambing," Wahai Tuan Hamba, kenapa najis Tuan Hamba masih melekat lekat di bontot bontot Tuan Hamba?"

"Ohh .. Itu habuan untuk lalat lalat yang mahu membersihkan bontot Hamba.", jawab sang Lembu.

"Kenapa Tuan hamba tidak membersihkannya sendiri?", tanya sang kambing.

"Tak perlu .. .!!!", Jawab Sang Lembu, "Lalat lalat ini akan membersihkan nya untuk aku dan kalau kamu mahu tahu bahawa jenis apakah manusia yang kamu lihat tadi, maka mereka itu adalah seperti lalat lalat yang menghurung najis ku ini", jelas Sang lembu dan terus berlalu.

2 comments:

Pengasas said...

Salam,
Pernah dengar kereta kambing dan kereta lembu? Kenapa?
Lembu banyak disarkaskan. Pernah jumpa kambing disarkaskan ke?

Anonymous said...

Salam tuan,

Tak pernah tuan. Citer sikit.
Wakakaka !!!