Ini bukan kali pertama Osman 'dilarikan' - Pengundi

[...] Ini natijah yang berlaku akibat kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi dari KeADILan yang dilaporkan meletak jawatan kelmarin, hilang selama enam hari.

Sementara itu seorang pengundi yang ditemui Harakahdaily di Dun Changkat Jering yang tinggal di Taman Simpang, Taiping Haji Hanif Mohammad memberitahu beliau pernah bersembang dengan Osman sebelum ini yang dikaitkan dengan pertuduhan rasuah dimana Osman mendakwa dia diperangkap.

"Secara peribadi saya lihat dia baik dan dia tak sanggup untuk menggadai maruahnya tetapi mungkin akibat desakan tekanan yang begitu tinggi dan ugutan, beliau terpaksa berbuat demikian yang mungundang marah penduduk.

"Ini bukan kejadian pertama. Sejak 8 Mac, dia telah 'dilarikan' oleh pihak tertentu banyak kali dan dia juga ada beritahu khuatir dengan pelbagai ancaman. Dia sendiri pernah jelaskan kepada pengundi di sini di masjid dan di ceramah bahawa beliau tak akan akan melakukan rasuah atau berpaling tadah," katanya.

Ini juga terjadi kepada Pesuruhjaya PAS Perak ustaz Ahmad Awang yang cuba beberapa kali dilarikan dan dikepong oleh pihak tertentu ketika dalam proses menubuhkan kerajaan Pakatan di Perak namun atas kepantasan dan kecekapan Unit Amal PAS, kejadian buruk itu tidak berlaku, katanya merujuk satu insiden di Ipoh dan Changkat Jering tahun lalu. [read more]

artikel berkaitan
Jamaludin sebar 'MB Perak Boneka', ajak Adun KeADILan 'lompat'

3 comments:

mangchikla said...

Kite Husnu Zan. Ate, buat PC pon batang idung tak nampak, yg datang wakil peribadi tapi parti Rasuah lak..

Gelombang Rakyat said...

dah manyak kali ye bang..?

EQUILIBRIUM said...

ate kalau batang idung mamat 2 ekor tu pun tak nampak aperkejadahnya spr cakap depa masih adun? malaysia boleh