ISU Perak: AMK cabar Umno Debat

http://2.bp.blogspot.com/_yDg0MSymnd0/SQcQxiCalNI/AAAAAAAACsc/aC4SbtwveMw/s400/Yusmadi+Yusof.jpg
KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI (SK) - Exco Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Yusmadi Yusoff mencabar Pimpinan Pemuda UMNO dan BN untuk berdebat secara terbuka mengenai krisis yang berlaku di negeri Perak.

Kegagalan pimpinan politik memberi penjelasan yang sebenarnya, menurut Yusmadi, merupakan satu penginayaan dan ketidakadilan terhadap rakyat yang menjadi mangsa apabila cita-cita demokrasi mereka telah ‘dihijack’ oleh pimpinan politik yang tak bertanggungjawab.

“Saya yakin Debat Terbuka merupakan wadah demokratik bagi meyelesaikan ‘Krisis Demokrasi’ yang sedang di alami di Perak,” kata Yusmadi yang juga Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang.

Menurutnya, rakyat tidak berdosa dihukum dengan gas pemedih mata, penahanan di bawah ISA dan tuduhan menderhaka yang tidak sepatutnya dialami oleh mereka sekiranya ruang demokratik diberikan.

“Pimpinan Negara, terutama yang muda perlu menunjukkan satu contoh yang lebih bertanggungjawab dengan mneyelesaikan krisis tersebut dengan wadah yang mengambarkan kedudukan Malaysia yang sudah merdeka lebih 50 tahun,”katanya hari ini

Tambah Ahli Parlimen Balik Pulau itu lagi, rakyat sudah bijak dan mereka memelukan wadah dan ruang yang demokratik bagi membuat penilaian tanpa sogokkan maklumat yang berat sebelah dan tidak bertanggungjawab.

1 comment:

Anonymous said...

Aslmkm..sbnrnya skrg ni rakyat tertnya2 jika mereka meneruskan perjuangan ini adakah ianya untuk Islam dan jg utk org Melayu,bkn bermaksud utk menjadikannya isu perkauman tetapi di perak boleh di katakan rakyat sendiri sedar apa yg dah mereka lalui,bg Yb Yusmadi mgkn dgn kedudukan beliau skrg ada keselesaan,tp bg rakyat yg diajak berjuang ni sbnrnya utk siapa?? bg pkr kenapa tidak di suruh org2nya berdemonstasi..yg peliknya pula segelintir umat yg taksub dgn dakyah org atasan sanggup baring diatas jln raya semata2 nak membela kejatuhan kuasa dap..adakah ini satu tindakan yg bijak?bg sy YB tak payah la nak mencabar pemuda umno utk berdebat..nanti nampak sgt kebodohan dan ketaksuban yb pd org atasan yb..skrg ni kalau dah yb rasa gatal sgt mulut tu nak berdebat..cuba buat 1 kenyataan pasal karpal yg dah hentam anwar tu..dia tukan bos yb..takkan nak tgk sj..kalau yb diam je maksudnya betul la apa yg dikata oleh karpal kepada anwar..